Page 265 - Proceedings Collega2023
P. 265
meminta pelajar melatih terjemah bahasa bagi tujuan penghasilan bahasa yang digunakan, misalnya
pelajar diminta untuk membaca dalam bahasa Thai dan jawab dalam DMP, dan sebaliknya. Dengan
keadaan demikian, walaupun seseorang individu itu akan tertarik dengan kelompok sosial yang
mempunyai ciri-ciri persamaan dengan identitinya (Mohammad Shahrul Nizam dan Muhammad Zaid,
2018), namun pengajar haruslah mengambil kira keperluan pelajar yang rencam dan pelbagai supaya
terjawab hasilan pembelajaran.
c) Kegiatan kuiz melalui aplikasi
Pelaksanaan penilaian dan pentaksiran dalam talian pula boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah dan seharusnya berpandukan kaedah Outcome Based Education bagi membangunkan nilai rubrik
yang bersesuaian dengan keperluan kurikulum. Merangsang suasana kelas menjadi lebih interaktif dan
aktif merupakan persoalan yang mencabar malah suasana kelas terlihat secukup-cukup puas setelah
game berakhir di mana pelajar akan memberikan maklum balas untuk setiap jawapan. Menurut Keumala,
Zainuddin dan Fauzan (2021) salah satu aplikasi dan aktiviti yang dapat dilakukan untuk membuat kelas
menjadi lebih interaktif adalah dengan implementasi sistem evaluasi formatif beralatan game. Dengan
itu, aktiviti yang telah dikenakan dalam kelas pembelajaran DMP ini ialah aplikasi Gimkit kerana
diselaraskan dengan era pelajar generasi abad ini.
Sebuah aplikasi Gimkit merupakan platform pembelajaran yang mempunyai kelebihan kesan
positif kepada pelajar. Platform ini pelajar memperoleh pengetahuan, kolaborasi dan strategi untuk gelar
pemenang setelah game berakhir. Sekarang Gimkit disediakan banyak mod permainan tidak akan
membosankan. Cara permainan tidak jauh seperti kahoot, pemain perlu jawab soalan kemudian bekalkan
point sebagai mata wang untuk membeli power-up. Power-up akan memperganda-gandakan point setiap
kali jawapan itu betul sebaliknya jika jawab salah point akan hilang juga. Berdasarkan teknik permainan
demikian, ternyata kaedah ini melahirkan suasana optimum terhadap pelajar medic yang mengikuti
kursus DMP. Proses menambah permainan atau unsur-unsur seumpamanya dalam sesuatu perkara
sebagai satu tugasan yang bertujuan untuk menggalakkan sesebuah penyertaan dalam kelas (Göbel,
Wendel, Ritter & Steinmetz, 2010).
Tahap pendidikan pelajar medic di PNU kebanyakan berkelulusan dari sekolah linear berbahasa
Thai atau program bahasa Inggeris. Jelaslah faktor penting dalam penggunaan DMP mereka cenderung
bercakap bahasa Thai, sama ada hubungan bersama keluarga, masyarakat, perkenalan dan konteks
perasmian. Apabila berbual dengan orang yang rapat responden akan pilih bahasa Thai bercampur
dengan DMP atau bahasa rojak dan makin renggang bahasa rojak didengari apabila bersemuka dengan
orang baru kenali.
Faktor Motivasi
Motivasi memainkan peranan penting dalam membantu mencapai matlamat tertentu dalam
setiap kehidupan di samping memberi sumbangan yang dominan dalam pengembangan ilmu dan kerjaya
seseorang. Menurut Noels (2002) faktor yang membentuk motivasi terbahagi kepada dua kategori, iaitu
yang pertama ialah orientasi dalaman yang merujuk kepada kepuasan dan rasa seronok sama. Kedua
ialah orientasi luaran yang berlaku disebabkan pulangan luaran seperti mendapat ijazah, pekerjaan,
hadiah dan sebagainya. Tingkah laku individu dalaman dikawal daripada dalam dirinya sendiri. Orientasi
dalaman secara langsung tidak membenarkan orang lain atau peristiwa luar mempengaruhinya. Kedua-
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 252 -

