Page 263 - Proceedings Collega2023
P. 263
Kajian yang dijalankan ini berbentuk deskriptif. Di mana penyelidik ingin mendapatkan maklumat
tentang faktor pengajaran dan motivasi pelajar medic tahun 1 terhadap pembelajaran kursus DMP dari
Fakulti Kedoktoran, Princess of Naradhiwas University. Kajian menggunakan teknik penglibatan ikut serta
melibatkan instrumen soal selidik dan temu bual dengan informan yang terpilih seramai 36 orang kerana
datanya lebih mudah ditadbir dan diperolehi oleh pihak berkenaan untuk dianalisis. Soal selidik telah
diubah suai terhadap pembelajaran bahasa oleh (Gardner, 2005). Justeru pengumpulan borang soal
selidik dan temu bual dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data terhadap objektif serta
maklumat yang diperlukan daripada respoden, iaitu maklumat yang berkaitan dengan maklum balas
pengajaran dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran DMP. Soal selidik ini telah diubah suai daripada
ujian soalan selidik terhadap pembelajaran bahasa. Selain itu, rakaman perbualan turut dilakukan untuk
memperlihat pandangan dan cadangan pengajaran kursus DMP sekali gus, mengesan gaya pengajar dan
para pelajar yang berinteraksi semasa pembelajaran.
Dapatan dan Perbincangan
Faktor Pengajaran
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan DMP letak sebagai bahasa awal-awal dalam
komunikasi di tiga wilayah selatan. Hal ini memperoleh dan dapat memastikan DMP dapat berfungsi
sebagai satu bidang ilmu kemasyarakatan yang dapat memberikan sumbangan kebajikan meluas.
Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, para pengajar dan penutur bahasa akan lebih dinamis.
Reka bentuk pengajaran dalam kajian ini untuk menjana kemahiran dan pengetahuan pelajar
medic kerana pengajaran adalah proses pembangun sahsiah dan aktiviti yang terlibat bersifat
professional. Bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan pengkaji telah mengunakan model ADDIE
(Dick dan Carry, 1996), di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar.
Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar akan
membangunkan bahan yang telah sediakan. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi
motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang.
Dalam kesempatan masa ini, pelajar medic diberi peluang untuk tekun menuntut ilmu termasuk
unsur DMP selama satu semester supaya kerjaya akan Kembali kepada masyarakat kelak. Namun
demikian, dewasa ini orang mudah terhanyut oleh putaran yang sedang berkembang di sekeliling budaya
Thai dan budaya beracuan asing dengan tidak disedari. Penggunaan dialek dalam masyarakat
menunjukkan bahawa unsur dialek harus ditegaskan dan peranan dialek menanggung dalam
hubungannya dengan bahasa rasmi.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
dalam pembelajaran kursus DMP. Hal ini kerana pengajar dapat membuat persiapan dan bersedia dengan
lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran serta dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas
dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah
untuk di fahami. Melalui cara ini pengajar dapat menyampaikan pelajar secara berkesan misalnya teknik
E-learning dan Gimkit kerap dipakai dalam pengajaran kerana ia mampu dikembangkan sesuai dengan
perkembangan aplikasi dan harus memasukkan unsur gamifikasi. Langkah utama pengembangan adalah
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 250 -

