Page 264 - Proceedings Collega2023
P. 264
pengajar bijak guna kaedah analisis, pengembangan, penerapan dan penilaian (Aryo Kusuma Yaniaja,
Hendra Wahyudrajat dan Viola Tashya D, 2020).
Prinsip-prinsip berikut akan diaplikasi untuk mengajar bahasa berdasarnya aspek dikuasi DMP di
samping bahasa Thai. Berikut disediakan kaedah untuk pengajaran yang berkesan;
a) Fokus bentuk lisan dan fahaman
Faktor pengajaran yang berkesan mengikut keutamaan adalah persediaan pengajaran, diikuti
oleh gaya pengajaran dan akhir sekali tanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kaedah ini, pengajar
disarankan agar pelajar menempuhi pengalaman sendiri melalui penggunaan DMP sepertimana
menyediakan lembaran situasi yang mengandungi pelbagai soalan bagi membantu pelajar melahirkan
insiatif mereka dalam bentuk lisan. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pelajar medic mempunyai
masalah menggunakan kosa kata dan sebutan DMP, jadi pengajaran lebih berfokus pada pertuturan.
Rata-rata respons menunjukkan fahaman pada makna tahap baik namun pelajar mempunyai masalah
pelak dan kurang lancar disebabkan penggunaan kosa kata yang terhad. Selain itu pengajaran nahu
dilakukan secara induktif, iaitu pelajar mendapatkan sendiri hukum nahu melalui pendedahan kepada
bentuk-bentuk linguistik bahasa sasaran yang mencukupi. Menurut Hamid (2011) pemboleh ubah bangsa
atau aspek kenatifan merupakan pemboleh ubah yang penting yang harus dikenal pasti kesannya ke atas
sesuatu program pendidikan bahasa. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar menguasai bahasa lisan.
Penjelasan berfokus pada aspek tatabahasa kurang diberi perhatian, untuk memperbaiki situasi
tersebut, penekanan kemahiran lisan DMP menjadi langkah yang bersesuaian pada peringkat awal sekali
gus memahami makna merupakan satu cara yang penting untuk mempelajari kosa kata. Kosa kata sering
didedahkan kepada pelajar dalam bentuk berbanding antara bahasa Thai dan DMP.
b) Bandingkan kedua-kedua bahasa
Berdasarkan dapatan daripada temu bual, menemui bahawa penggunaan alih kod dalam kelas
DMP adalah cara yang sewajarnya. Pengajar cuba menyeimbangkan penggunaan kedua-dua bahasa sama
ada bahasa Thai dan DMP semasa proses pembelajaran dijalankan dalam kelas. Hal ini bagi memastikan
setiap pelajar medic faham walaupun mempunyai latar belakang sosial yang berbeza akan tetapi mereka
menyimpan niat untuk menimba ilmu yang disampaikan oleh pengajar mereka dengan kesannya.
Perbangingan daripada satu bahasa dengan bahasa lain atau peralihan bahasa kepada satu
bahasa secara bertukar ganti, seringkali dipandang sebagai negatif. Sesungguhnya sesetengah pelajar
juga tidak mempunyai masalah sekiranya pengajar menggunakan bahasa Thai dalam proses
pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan bahasa Thai menjadikan mereka berasa lebih memahami
ketika belajar.
Perbandingan berikut seakan-akan serupa dengan teknik rentas bahasa di mana tindakan
dwibahasawan dalam mengakses ciri linguistik yang berbeza atau pelbagai mod dalam bahasa yang
berautonomi, dalam usaha untuk memaksimumkan potensi komunikasi mereka (Garcia, 2014). Jika
seseorang individu suka bercakap atau berkawan dengan kelompok yang mempunyai ciri-ciri yang sama
dengannya mereka pilih berkelompok dalam kelompok yang sama. Contohnya, daripada tinjauan dapat
dilihat responden berpecah kepada pelbagai kumpulan seperti muslim, non-muslim, bertutur bahasa
Thai, adanya menguasai DMP sedikit dan tidak berpengalaman langsung. Bagi pengkaji perkara ini adalah
biasa kerana kita berasa puas bila berkomunikasi dengan orang yang bertutur dalam bahasa yang sama
atau ada karakter yang sama. Namun bagi penyelesaian istilah itu dirujuk kaedah pembelajaran dengan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 251 -

