Page 257 - Proceedings Collega2023
P. 257
PENYELESAIAN BERKESAN UNTUK PENGAJARAN DIALEK MELAYU
PATANI UNTUK PELAJAR MEDIC DI PRINCESS OF NARADHIWAS
UNIVERSITY: FAKTOR PENGAJARAN DAN MOTIVASI
Sahidin NITIPHAK 1
Firdous MUHAMAT 2
1,2 Faculty of Liberal Arts, Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand
1 disisiku@hotmail.com
2 firdousmuhamat@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penyelesaian yang efektif untuk pengajaran kursus 08-014-304
Dialek Melayu Patani (DMP) kepada pelajar medic di Princess of Naradhiwas University (PNU) yang
mengikuti mata pelajaran DMP merupakan kursus teras dalam program pengajian. Kajian ini akan
melibatkan tinjauan literatur untuk mengkaji pendekatan pengajaran bahasa dan motivasi yang berkesan
dalam konteks penggunaan DMP. Bagi kajian ini, Model Socioeducational yang dipelopori oleh Gardner
(2008) telah diaplikasikan. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, tinjauan, temu bual dan
pemerhatian di dalam kelas. Sampel kajian merangkumi 36 orang pelajar medic tahun 1. Semua sampel
kajian telah mengikuti kursus DMP semester 1 akademik pengajian 2022. Data yang dikumpulkan akan
dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti teknik pengajaran dan motivasi dalam kursus DMP.
Berdasarkan analisis data, kajian ini akan mengusulkan penyelesaian yang berkesan untuk pengajaran dan
motivasi khasnya dalam DMP kepada pelajar medic di PNU. Bagi kaedah penyelesaian akan termasuk
pengembangan bahan pengajaran yang sesuai dengan konteks budaya dan bahasa, serta pembangunan
aplikasi pengajaran yang fleksibel dan interaktif. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat
keistimewaan faktor-faktor pengajaran dan motivasi di kalangan penuntut yang mengikut mata pelajaran
DMP. Kajian juga dapat dilihat para pelajar terarah selari bagi mencapai tujuan pembelajaran DMP. Hasil
kajian yang dicadangkan dapat memberikan panduan praktikal kepada institusi pengajian tinggi dan
pengajar dalam merancang pengajaran lebih efektif dalam kursus DMP atau bahasa-bahasa lain yang
bertugas di Selatan Thailand malah konsep kursus DMP untuk dijadikan bahasa penting dapat ditingkatkan,
memberi kesan positif kepada pengalaman pembelajaran dan menjadi bahan persediaan profesional di
bidang kedoktoran.
Kata kunci: Bahasa Melayu Dialek Patani; motivasi; universiti; wilayah selatan Thailand
ABSTRACT
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 244 -

