Page 259 - Proceedings Collega2023
P. 259

Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla berdialek dengan DMP tetapi nada beberapa daftar kata berbeza
               dari setempat ke semtempat.

                       Peredaran global dan perkembangan sesetempat di mata kerajaan Thailand telah menjadikan
               bahasa Melayu di wilayah selatan ini menerima pelbagai gejala untuk berasimilasi dengan bahasa yang
               lebih dominan di Thailand. Di samping itu, kerajaan Thai memandang bahasa dialek umpama
               penghadaman turut berperanan menimbulkan gangguan terhadap perkembangan kemahiran komunikasi
               pelajar terhadap bahasa Thai. Mengikut kajian Worawit Baru (1990), penutur DMP yang berusia muda
               gemar bertutur dalam bahasa Thai lebih daripada DMP oleh sebab terletak di kawasan mutilingualisme,
               DMP banyak terpengaruh oleh bahasa-bahasa persekitaran tersebut, terutamanya bahasa Thai yang
               berstatus sebagai bahasa rasmi negara Thai. Maka kebanyakan penutur DMP adalah berdwibahasa,
               bahasa Thai dan DMP.

                       Dari latar tempat kajian ini dijalankan di kampus induk Princess of Naradhiwas University (PNU).
               University ini memulakan operasinya pada tahun 2005 tertubuh dengan mengabung dan menempatkan
               sebanyak 11 pusat akademik terbahagi kepada 7 fakulti 3kolej dan 1 institusi. Ruang lingkup memiliki di
               sini pengkaji mencakup fakulti Kedoktoran menjadi fokus perbincangan. Dilihat dari sudut penubuhan
               fakulti, dasar pelaksanaan program Kedoktoran di PNU ini dijalankan dengan tujuannya untuk
               mewujudkan doktor yang mahir dalam bidang selain melaksanakan kerjaya, berkhidmat keperluan dan
               tututan terhadap masyarakat khusus di tiga wilayah selatan Thailand.

                       Kini PNU tersedia kursus “Dialek Melayu Patani” kod kursus (08-014-304) khas untuk pelajar
               medic sahaja. Sebelum tahun pengajian 2020 program kedoktoran telah menjalankan kursus bahasa
               Melayu baku dengan nama kursus “Bahasa Melayu dalam Seharian” kod kursus (11-034-104) kursus ini
               tersebut dikendali sebagai kursus teras dan semua pelajar di universiti diwajibkan untuk mengikuti kursus
               sedemikian. Namun perubahan dalam arena global serta di dalam negara, pendidikan terus dibugar
               secara berterusan. Kelihatan kurikulum cenderung menepatkan objektifnya lebih berguna untuk
               masyarakat tempatan. Hal ini, beberapa misi kurikulum yang telah disuaikan lantas salah satu misinya
               ialah penyelesaian isu semasa yang masih timbul berturutan di tiga wilayah selatan justeru berlakulah
               penerapan pendidikan di tiga wilayah selatan menjadi hal utama seiringan berusaha untuk memberikan
               kesihatan awam. Oleh sebab itu, kurikulum menyediakan sukatan terkini pada kursus DMP yang turut
               mengariskan sebagai hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh aspek bahasa tempatan. Dengan itu,
               tingkah sebenar untuk menyepadukan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran untuk memberi
               kebajikan kepada masyarakat yang berbilang kaum. Melalui matlamat tersebut pelan tindakan
               memartabatkan bahasa adalah selari dengan kehendaki kurikulum menyediakan kursus DMP sebagai
               kursus teras dalam pembelajaran pelajar medic di PNU.

                       Di PNU, kursus DMP bertujuan memberi pendedahan awal tentang sistem bunyi sebutan dan
               wacana harian, serta memperlengkapkan pelajar dengan kosa kata untuk kegunaan berkomunikasi yang
               mudah dalam situasi-situasi tertentu. Kursus ini distrukturkan untuk menekankan aspek lisan DMP
               semasa berinteraksi dalam pelbagai situasi dan konteks persekitaran budaya tiga wilayah Selatan
               Thailand. Selain itu, sebagai sebuah wilayah selatan yang terdiri daripada pelbagai kaum, elemen agama
               dan budaya tempatan turut diberi penekanan supaya pelajar mengenali etnik di wilayah selatan Thai.
               Walau bagimanapun pelajar diberi ruang secukupnya untuk berinteraksi dan menokoktambah bersama
               pengajar melalui medium e-learning seperti aplikasi Gimkit yang ikut dikupaskan dalam kajian ini.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 246 -
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264