Page 260 - Proceedings Collega2023
P. 260
Meskipun tidak terdapat banyak kajian berkait dengan DMP di Thailand, namun masih wujud
beberapa kajian yang pernah dilaksanakan di dalam konteks bahasa, sejarah, dan lain-lain pada DMP.
Antaranya kajian yang dilakukan oleh Kartini Wado dan Zamri Mahamod (2019), Kartini Wado, Zulkifley
Hamid, Pareeda Hayeeteh and Suhaila Binsama-ae, (2015) Hishamudin Isam, Abdonloh Khreeda-oh dan
Mashetoh Abd Mutalib (2017) dan Nor Hashimah Jalaluddin, Maizatul Hafizah Abdul Halim, Harishon
Radzi dan Junaini Kasdan (2017) kesemua kajian berkenaan memfokuskan perbincangan terhadap
masalah penutur jati, perbandingan, status DMP, pengaruh bahasa lain dalam DMP, leksikal dan aspek
linguistik. Sejajar itu, dalam kajian ini hasilnya akan memperlihatkan suatu perbincangan pengajaran dan
motivasi kepada pelajar medic sama ada mereka penutur asli dan sebaliknya yang bertutur DMP sebagai
bahasa kedua atau bahasa ketiga.
Pernyataan Masalah
Dasar pemartabatan DMP, telah tuju sejalan dengan aspirasi kepentingan kurikulum, iaitu a)
menyelesaikan masalah kekurangan doktor di tiga wilayah selatan b) memenuhi perkhidmatan
pengurusan kesihatan terhadap masyarakat wilayah selatan dan c) mengurangkan tanggapan yang
mendatangkan perselisihan serta menyelesaikan krisi keganasan di tiga wilayah selatan melalui
pendidikan dan kesihatan. Penawaran kursus DMP difokus khas untuk pelajar medic ini, pelajar medic
yang dimaksudkan dalam kajian merupakan pelajar dari Fakulti Kedoktoran, Princess of Naradhiwas
University yang beralamat di tiga wilayah selatan Thailand. Di kalangan pelajar, kebanyakan mereka
menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa penghubung, bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua
sedangkan DMP campur bahasa Thai menjadi bahasa pilihan dalam pertuturan seharian.
Bahasa Thai ialah bahasa rasmi yang digunakan sebagai medium pembelajaran dalam
menyampaikan materi pada pelajar membentuk suasana lebih terbiasa untuk berkomunikasi di
lingkungan universiti baik di dalam kelas maupun di luar kelas. Terdapat bilang besar pelajar yang
berketurunan Thai tidak menggunakan bahasa Melayu sama sekali dalam pertuturan malahan terdapat
juga sesetengah pelajar berketuruan Melayu sekadar mendengar sahaja tetapi tidak mengerti apatah lagi
dalam pertuturan. Menurut Khuzaiton Zakaria dan Nurhuda Sadama (2018) pelajar yang berketurunan
Melayu yang merupakan golongan minoriti dalam masyarakat mereka dan sudah atau hampir kehilangan
bahasa ibunda serta menjadikan bahasa Thai sebagai bahasa ibunda mereka. Pelajar yang berketurunan
Melayu yang menjadi golongan majoriti dalam masyarakat mereka masih boleh bertutur dan menguasai
DMP.
Permasalahan lain muncul terkait dengan kursus DMP ialah materi pengajaran dianggap
membosankan untuk dipelajari bahkan cenderung memberi kuliah dalam bilik sahaja. Di samping itu,
kurikulum yang telah mengalami titik perubahan dari semester ke semester, belum memberikan dampak
terhadap peningkatan nilai kursus DMP sewajar. Pembelajaran DMP dalam kurikulum menyajikan
keupayaan dasar yang menekankan terhadap dua aspek kemahiran ialah mendengar dan bertutur secara
khasnya. Namun begitu, terdapat sesetengah pelajar yang bukan penutur asli mengalami kebimbangan
dalam mempelajari DMP sebagai bahasa kedua mereka. Menurut Nurul Shahida Jamil (2017),
kebimbangan pelajar asing dalam menguasai bahasa adalah bergantung kepada keperibadian mereka
yang turut menjejaskan proses pembelajaran bahasa kedua. Tambahan pula, kebimbangan tersebut turut
membuatkan pelajar asing kurang yakin untuk menguasai bahasa Melayu dengan efektif.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 247 -

