Page 266 - Proceedings Collega2023
P. 266
dua kategori motivasi menentukan matlamat dan berusaha mencapainya. Dari sudut yang sama, motivasi
juga bererti interaktif, inspiratif, menyenangkan dan menantang. Prinsip tersebut dapat digunakan untuk
membangun pendirian bagi pelajar dalam pembelajaran DMP.
Dapatan kajian mengenai analisis pendekatan motivasi, melalui pemerhatian yang dilakukan
terhadap pelajar medic sepanjang pengajaran dilangsungkan terdapat beberapa orang pelajar yang tidak
memberi perhatian boleh terbahagai kepada 2 golongan, iaitu 1) pelajar buta huruf dengan DMP dan 2)
pelajar mengguna bahasa rojak antara bahasa Thai dan DMP. Dari pemerhatian ketika belajar kursus DMP
ternyata pelajar kurang memberi perhatian ketika proses pembelajaran berjalan ini disebabkan pelajar
tidak memahami apa yang disampaikan oleh pengajar. Perkara ini mungkin dapat diatasi dengan
penglibatan pelajar secara berpandu dalam bilik supaya dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk
berfi kir dan memberikan hujah (Azieyana Aziz & Christina Andin 2018).
Selain itu, setiap pelajar medic mempunyai sentimen persaingan akademik yang amat tinggi.
Oleh itu untuk menggapai hasil pembelajaran, mereka memerlukan strategi bimbingan dari pengajar dan
juga motivasi kepada dirinya yang berkesan. Dapatan daripada responden menunjukkan bahawa pelajar
medic juga masih mempunyai keinginan untuk belajar DMP. Dalam pada itu, pelajar masih berminat
untuk mempelajari DMP bersama kawan yang bertutur DMP asli selain mendapat pendidikan di dalam
kelas. Sehubungan dengan kajian Tokan dan Imakulata (2019), motivasi belajar memiliki peranan yang
sangat penting untuk mendorong semangat mahsiswa agar mendapatkan tujuan pembelajaran. Sekiranya
ditelusuri hasil kumpulkan data, salah satunya keluarga akan memainkan peranan penting terhadap
memotivasikan dan membantu perkembangan pembelajaran bahasa.
Implikasi
Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini dapat membantu pihak pengajar terutamanya
pensyarah di pengajian tinggi untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar sama ada mereka
bukan penutur asli, penutur bercampur aduk bahasa Thai atau penutur bahasa kedua yang mengikut
kursus DMP di PNU. Hal ini demikian kerana kajian ini membantu untuk mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi pengajaran dan motivasi untuk mempelajari DMP. Jadinya, faktor tersebut bolehlah
dimanfaatkan oleh guru-guru, pensyarah-pensyarah dan pengkaji untuk meningkatkan prestasi pelajar
dalam pembelajaran DMP.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya kajian ini dapat dijadikan asas rujukan dalam kalangan para pengajar
kursus DMP dan kursus sampingan. Masyarakat sekeliling memainkan peranannya dalam meningkatkan
pengajaran dan motivasi serta mendalami sikap mereka dalam proses pembelajaran DMP. Hal ini
demikian kerana hasil penemuan aspek-aspek pendekatan, para pengajar dapat lebih peka dan
membantu pelajar medic membuat persediaan apabila berhadapan dengan pelajar yang datang dari
latar belakang yang berlainan. Bagi meningkatkan penglibatan para pelajar semasa sesi pembelajaran,
pelajar kelompok tidak boleh tutur DMP begitu giat dan usaha untuk mencuba bertutur dengan
menggunakan DMP sekiranya mereka mendapat pendedahan yang tepat serta mendapat dorongan
kerjaya masa depan mereka. Pengajar harus diberi peluang yang lebih kerap untuk bertanya dan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 253 -

