Page 176 - Proceedings Collega2023
P. 176

Bagi suku kaum Temiar tapak rumah di atas tanah saka merupakan perkara asas yang mereka akan bina
               apabila  sesuatu  kawasan  tersebut  diteroka  kerana  sebelum  rumah  dibina,  mereka  akan  memastikan
               kawasan tanah yang diteroka itu selamat dan mempunyai sumber keperluan asas seperti air sungai dan
               kawasan tanah subur untuk bercucuk tanam.Sememangnya suku kaum Temiar sangat gemar membina
               rumah mereka di kawasan berlereng bukit dan berhampiran dengan sungai atas faktor keselematan dan
               tanah dikawasan tersebut dipecayai lebih subur. Kenyataan ini dinyatakan oleh informan 2 seperti berikut:



                    “Kami orang Temiar ini biasanya kalau kami nak buka kampung atau buat rumah, kami akan
                    pastikan tanah itu sesuai atau tidak untuk dibuat rumah dan tanah disekitarnya subur atau tidak.
                    Biasanya kami akan pilih kawasan tanah yang berbukit dan berhampiran dengan sungai kerana
                    disitu kami percaya lebih selamat dan tanah pun subur untuk berkebun. Kami nak dapat sumber
                    air dan tangkap ikan pun senang.”



               Mereka juga sedar, dengan adanya petempatan yang kekal segala bentuk pembangunan dan bantuan lebih
               mudah untuk diperolehi dan disalurkan oleh pihak luar dan kerajaan. Selain itu, dengan tinggal menetap
               kehidupan mereka lebih terjamin berbanding kehidupan nomad. Kenyataan ini dinyatakan oleh informan
               5 sepeerti berikut:



                    “Hidup  kampung  ini  bagus  sebenarnya  berbanding  hidup  rayau  di  hutan.  Bila  kami  hidup  di
                    kampung  atas  tanah  saka  kami  ini,  hidup  kami  lebih  mudah  untuk  dapat  pembangunan,
                    kemudahan dan bantuan daripada pihak kerajaan dan orang luar. Kalau kami masih lagi hidup
                    rayau di hutan kami susah untuk dapat bantuan dan pembangunan sebab tak duduk tetap. Bila
                    kita  dah  duduk  menetap  dikampung  ini  kami  usahakan  kebun  dan  buat  kerja-kerja  di  kebun
                    adalah boleh pendapatan sikit. Kalau nak harap hidup rayau rasanya dah susah sekarang ini hasil
                    hutan semua dah semakin kurang dan tidak ada dah macam dulu.”



               Sebahagian dariapada mereka sedar bahawa pentingnya tanah saka mereka ini diwartakan. Perwartaan
               tanah  rizab  Orang  Asli  adalah  sangat  penting  khususnya  kepada  suku  kaum  Temiar  kerana  melalui
               perwartaan,  masyarakat  Orang  Asli  dapat  mempertahankan  hak  pemilikan  tanah  yang  lebih  terjamin
               daripada  hilang  diceroboh  oleh  pihak-pihak  lain  melalui  aktiviti  seperti  pembalakan  haram  dan
               penerokaan tanah untuk dijadikan ladang persendirian. Melalui perwartaan tanah rizab juga Orang Asli
               yang tinggal di kawasan tanah rizab tersebut akan diiktiraf oleh pihak kerajaan sekaligus mereka merasa
               kehidupan  generasi  baru  akan  lebih  terjamin.  Bahkan  melalui  perwartaan  tanah  rizab  juga  dapat
               mempertahankan hak pemilikan tanah saka yang telah mereka duduki dan usahakan sejak turun menurun
               daripada hilang diambil oleh pihak lain. Kenyataan ini disokong dari petikan temubual bersama Informan
               3:




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 163 -
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181