Page 174 - Proceedings Collega2023
P. 174
Rajah 1: Peta petempatan Orang Asli mengikut suku kaum di Semenanjung Malaysia
Metod Kajian
Kajian ini berusaha untuk menjelaskan mengenai kepentingan tanah saka secara kepada suku
kaum Temiar. Bagi menjelaskan masalah berkenaan kaedah kualitatif telah dipilih bagi mendapatkan data
dan maklumat berkaitan kepentingan tanah saka kepada suku kaum Temiar. Perincian perbincangan
kaedah kualitatif meliputi elemen reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis data. Reka bentuk
kajian merujuk kepada kerangka pelaksanaan sesuatu kajian Ramle (2001). Menurut Creswell (2000), reka
bentuk kajian adalah satu prosedur yang digunakan pengkaji dalam proses membuat kajian iaitu
melibatkan proses pengumpulan data, analisis data dan laporan kajian. Bagi mendapatkan data, pengkaji
telah memilih kaedah penyelidikan kualitatif sebagai kaedah kajian. Pelaksanaan kajian dibuat melalui satu
kerja lapangan dalam kalangan suku kaum Temiar khususnya di Gua Musang Kelantan. Matlamat utama
melaksanakan kerja lapangan adalah untuk memperolehi data primer sebagai data utama, manakala data
dalam bentuk sekunder pula dikumpul melalui pelbagai dokumen sebagai sokongan kepada data primer.
Sepanjang kerja lapangan dilaksanakan pendekatan etnografi digunakan sebagai satu proses untuk
mengumpul data daripada beberapa individu penduduk kampung yang terdiri daripada penghulu,
pengerusi JPKKOA, ahli JPKKOA, pegawai JAKOA, guru PENGERAK, Guru Agama Orang Asli (GAOA), dan
beberapa orang penduduk setempat. Pendekatan ini diguna bertujuan untuk memperolehi maklumat
secara langsung dan bersifat emik daripada informan. Pengkaji mengambil satu tempoh masa lebih
daripada dua belas bulan untuk bersama komuniti yang dikaji bagi memahami dan menjelaskan ciri-ciri
etnografi penduduk setempat yang dianggap mempunyai perkaitan dengan permasalahan kajian.
Sepanjang kajian dijalankan data berjaya dikumpul melalui teknik temu bual, dan penglibatan ikut serta.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 161 -

