Page 172 - Proceedings Collega2023
P. 172
pebincangan ini, pengkaji menyimpulkan bahawa tanah saka boleh juga digelar sebagai tanah adat
(customary land), tanah warisan atau tanah pusaka yang merujuk kepada tanah yang diduduki dan diwarisi
secara turun temurun atau beberapa generasi lamanya daripada nenek moyang.
Undang-undang berkaitan Orang Asli
Kanun Tanah Negara (KTN) telah dikanunkan mengikut Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan
pada 18 September 1965 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966 (Jabatan Ketua Pengarah Tanah
Dan Galian Persekutuan, 2023). Tujuannya adalah untuk mengadakan suatu sistem pemegangan dan
urusan tanah yang seragam di semua sebelas negeri di Semenanjung Malaysia (Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian Persekutuan, 2023). Sehubungan itu walaupun bidang kuasa tanah dibawah bidang
kuasa negeri, kesemua hal berkaitan tanah di sebelas buah negeri di Semenanjung Malaysia akan merujuk
undang-undang Kanun Tanah negara 1966 dalam setiap keputusan dan tindakan.Bagi kaum Orang Asli di
Malaysia, mereka dilindungi oleh satu undang-undang iaitu Akta 134 semakan 1974. Akta 134 ini
diperuntukan bagi melindungi kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli di Semananjung Malaysia (Jabatan
Kemajuan Orang Asli, 2023). Dalam Akta 134 terdapat 19 seksyen yang telah digubal (Undang-undang
Malaysia, 2006). Akta 134 seksyen 1 menjelaskan berkenaan tajuk ringkas dan pemakaian akta ini di
Malaysia. Seksyen 2 dan seksyen 3 menjelaskan tafsiran dan takrifan Orang Asli. Seterusnya seksyen 4 dan
seksyen 5 menjelaskan hal berkaitan pentadbiran Orang Asli dan pelantikan ketua pengarah dan timbalan
ketua pengarah yang akan mengurus tadbir agensi Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Menurut Ramle et al (2020) berdasarkan Akta 134 telah wujud undang-undang berkaitan tanah
Orang Asli iaitu bermula dari Seksyen 6 (Kawasan Orang Asli), Seksyen 7 (Rizab Orang Asli), Seksyen 8 (Hak
menduduki), Seksyen 9 (Urus niaga mengenai tanah oleh Orang Asli), Seksyen 10 (Masyarakat Orang Asli
tidak berkewajipan meninggalkan kawasan yang diisytiharkan Rizab Orang Melayu, dan lain-lain.), Seksyen
11 (Pampasan atas pemberian hakmilik tanah Kerajaan yang di atasnya tumbuh pokok buah-buahan atau
pokok getah), Seksyen12 (Pampasan), Seksyen13 (Pengambilan paksa tanah bagi kawasan atau rizab Orang
Asli), Seksyen 14 (Orang dilarang masuk ke kawasan Orang Asli dan rizab Orang Asli), Seksyen 15
(Pengusiran orang yang tidak diingini) dan Seksyen 19 (Peraturan-peraturan). Seksyen lain dalam Akta 134
yang belum dijelakkan adalah seksyen 16 yang menjelaskan bidang kuasa menteri (pelantikan ketua dan
pemecatan ketua). Seksyen 17 pula menjelaskan hal berkaitan (Orang Asli tidak boleh dilarang untuk
masuk ke mana-mana sekolah). Seterusnya seksyen 18 (kanak-kanak Orang Asli tidak boleh diambil sebagai
anak angkat).
Dalam permasalahan perwartaan tanah, walaupun wujudnya undang-undang khususnya
berkaitan tanah, Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi (2001) menyatakan undang-undang yang sedia
ada ini dilihat tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dan perlu dikaji semula. Kenyataan ini juga
disokong oleh beberapa pengkaji seperti Hasan Mat Nor (1996) Ramle (2020) dan Izzati Wook et al (2021)
yang menyatakan Akta 134 hendaklah diberikan nafas baru kerana peruntukan undang-undang dalam akta
tersebut kurang membantu generasi baru Orang Asli untuk terus berkembang dengan lebih baik mengikut
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 159 -

