Page 180 - Proceedings Collega2023
P. 180

kami ini akan terpelihara. Jadi sebaiknya pihak bertanggungjawab wartakan tanah kami ini supaya
                    lebih selamat”



               Selain itu, disebab tanah saka mereka tidak diwartakan, generasi muda kurang minat untuk mengusahakan
               tanaman  tradisi  kerana  bimbang  usaha  mereka  atas  tanah  saka  menjadi  sia-sia  sekiranya  berlakunya
               pengambilan tanah oleh pihak luar. Kenyataan ini dinyatakan oleh informan 5:



                    “Saya melihat, disebabkan banyak tanah saka Orang Asli suku kaum Temiar yang masih belum
                    diwartakan  telah  menyebabkan  generasi  muda  sekarang  ini  kurang  berminat  untuk  terlibat
                    dengan aktiviti pertanian sama ada tradisi atau komersial. Ini kerana sebahagian mereka tahu
                    bahawa tanah saka mereka tidak diiktiraf pemilikannya. Bila-bila masa sahaja pengambilan tanah
                    dan  penceroboh  boleh  menuntut  tanah  tersebut  tanpa  dibayar  pampasan  yang  munasabah.
                    Kebanyakkan  mereka  lebih  suka  bekerja  makan gaji di  bandar  atau  menjadi  buruh  ladang  di
                    sekitar kampung milik pihak luar.”



               Rumusan  hasil  kajian  ini  mendapati  tanah  saka  dalam  kehidupan  Temiar  adalah  sangat  jelas  penting
               terutama  dalam  melestarikan  budaya  dan  pengetahuan  tradisi  mereka  sejak  dari  turun  temurun.
               Sehubungan itu, pengiktirafan kepada tanah saka melalui pewartaan rizab antara jalan penyelesaian yang
               dapat membantu suku kaum Temiar memelihara budaya tradisi dan pengtahuan tradisi daripada hilang.



               iv.  Kelestarian generasi baru
               Bagi  suku  kaum  Temiar,  pentingnya  tanah  saka  dalam  kehidupan  mereka  adalah  atas  tujuan  untuk
               kelestarian  hidup  generasi  baru.  Hasil  kajian  menunjukkan  tanah  saka  ini  penting  bagi  menjamin
               kelestarian kampung yang mereka telah duduki dan miliki secara tradisi kepada generasi akan datang.
               Kenyataan ini dipetik dari informan 4:



                    “Perjuangan kami untuk tanah saka ini diiktiraf sebenarnya adalah untuk memastikan generasi
                    akan datang tidak ditindas oleh orang lain yang jauh lebih tahu tentang pembangunan. Sebab itu
                    bagi saya, dengan diwarta tanah saka dibawah Tanah Rizab Orang Asli bagi saya nasib generasi
                    akan datang akan lebih terjamin kalau nak banding kami sekarang. Projek pembangunan juga
                    akan lebih mudah dan banyak akan masuk ke kampung Orang Asli sebab tanah saka dah diiktiraf.”



               Rumusan dari kajian ini mendapati tanah saka merupakan elemen penting bagi suku kaum Temiar untuk
               kelangsungan  generasi  baru  untuk  terus  kekal  relevan  tinggal  menetap  di  Malaysia.  Sehubungan  itu
               perwartaan tanah rizab dipercayai dapat melindungi tanah saka Orang Asli di sesebuah kampung.



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 167 -
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185