Page 181 - Proceedings Collega2023
P. 181
Kesimpulan
Kesimpulannya kajian ini adalah berkenaan kepentingan tanah saka kepada kelangsungan hidup
suku kaum Temiar dan generasi akan datang suku kaum Temiar. Hasil kajian jelas menunjukkan suku kaum
Temiar, sedar tentang pentingnya mendapat pengiktirafan kepada tanah saka supaya mereka boleh
berkembang dengan lebih maju seiring dengan kaum-kaum yang lain yang ada di Malaysia. Justeru,
pengkaji melihat usaha pewartaan tanah rizab Orang Asli yang sedang giat dilaksanakan diseluruh
kampung Orang Asli di Kelantan antara usah yang baik dan perlu diselesaikan dengan segera. Sekiranya
masalah ini dapat diselesaikan dengan segera, tidak mustahil projek pembangunan akan banyak dapat
dilaksanakan dan sumber pendapatan suku kaum Temiar akan meningkat tinggi. Kaedah kualitatif melalui
temubual dan permahatian ikut serta bersama masyarakat Orang Asli yang terpilih menunjukan hasil
kajian iaitu tiga kepentingan tanah saka kepada masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar iaitu kelestarian
petempatan; kelestarian sosioekonomi; kelestarian kampung Orang Asli dan kelestarian budaya tradisi.
Justeru diharap hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang
berkepentingan dalam menguruskan kebajikan dan kesejahteraan Orang Asli. Lantaran itu, kajian ini juga
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Orang Asli yang lain berkenaan pentingnya tanah saka
dalam menjamin kelestarian hidup kaum Orang Asli.
Penghargaan
Pengkaji ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia atas tajaan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dibawah ID Projek (17696) dan nombor
rujukan (FRGS/1/2020/SS0/UNISZA/03/1-RR379) atas penajaan pembiayaan dan sokongan mereka bagi
merealisasikan penerbitan artikel ini. Di samping itu, pengkaji ingin mengucapakan terima kasih yang tidak
terhingga atas sokongan dan bantuan samaada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk
atrikel ini diterbitkan.
Rujukan
Carey I (1976) Orang Asli. The aboriginal tribes of Peninsular Malaysia.OUP, London.
Creswell, J. W. and Miller, D. L. (2000). Determining Validity in Qualitative Inquiry. Theory Into Practice, Vol.
39, No. 3, 2000.
Dentan,R.K.(1968).The Semai: A Non-Violent People Of Malaya. London: HoltRinehart, Winston.
Fifi Norhahdah Taman dan Rozilah Kasim. (2021). Kepentingan Perwartaan Tanah Rizab Orang
Asli. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1208–1216.
Fleischacker SI (1994) The ethnics of culture. Cornell University Press, Itaca.
Hafis Simin, Ramle Abdullah, Asmawi Ibrahim, Sahar Sa’di Hashim & Abdullah Ibrahim. (2020). Temiar
Warisan Kepimpinan dan Pembangunan. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia.
Hamimah, Hamzah. (2013). The Orang Asli customary land: issues and challenges. Journal of
Administrative Science, 10(1), 1-15.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 168 -

