Page 178 - Proceedings Collega2023
P. 178
Selain itu hasil dari analisa data menunjukkan sekiranya pengantungan mereka kepada tanah dinafikan,
maka sumber pendapatan mereka akan terjejas. Hal ini boleh mengakibatkan masalah pengangguran dan
kemiskinan. Oleh itu mereka berharap Orang Asli bebas untuk mengusahakan tanah saka yang diduduki
dan hasilnya dapat dikomersilkan yang mana dapat menjana pendapatan dan sumber pekerjaan kepada
masyarakat Orang Asli. Kenyataan ini selari dengan temubual bersama informan 2 iaitu:
“Jika tidak ada tanah maka tiadalah sumber ekonomilah Orang Asli ini sebab di kampung ini tidak
ramai yang berkerja di luar dan buruh ladang. Kebanyakkan orang kampung ini masih lagi berkerja
di kampung dengan mengusahakan kebun sendiri dengan bercucuk tanam, menoreh getah dan
sampingan mengumpul hasil hutan. Mereka hanya bergantung kepada hasil tanah sebagai punca
utama sumber pendapatan mereka. Dengan hasil tanah yang mereka usahakan digunakan untuk
menanggung perbelanjaan harian dan perbelanjaan pendidikan anak-anak. Jadi sekiranya tiada
sumber pendapatan daripada hasil tanah segala pendapatan Orang Asli akan terjejas. Dan kami
tidak ada pekerjaan untuk dilakukan dan kemungkinan kami akan hidup dalam keadaan serba
kekurangan mengharapkan bantuan daripada luar.”
Selain itu, terdapat beberapa informan berpandangan bahawa sebaiknya diwartakan atau diberikan hak
milik tanah saka suku kaum Temiar supaya lebih terjamin daripada pencerobohan dan penerokaan.
Dengan adanya pewartaan atau hak milik, tanah saka lebih selamat dan tidak mudah untuk diekploitasi
oleh pihak yang berkepentingan. Kenyataan ini dinyatakan oleh informan 1 iaitu:
“Bagi pandangan saya sebagai salah seorang pemimpin suku kaum Temiar, pentingnya tanah saka
kami diwarta dan diiktiraf menjadi hak milik Orang Asli supaya punca utama ekonomi kami tidak
diganggu oleh orang lain dan lebih terjamin masa depannya. Selain itu, sekiranya diwartakan
tanah saka kami ini, saya yakin kami akan lebih bertambah maju dari sekarang sebab kami boleh
usahakan tanah saka kami dengan tanaman komersial yang hasilnya lebih lumayan macam getah,
kelapa sawit dan durian.Jadi bila mana kami sudah ada sumber pendapatan tetap atas tanah saka
kami, kami yakin kehidupan generasi baru suku kaum Temiar akan lebih terjamin dan selamat.”
Sehubungan itu, terdapat informan memberi pendangan sekiranya tidak dapat dielakkan untuk berlaku
pengambilan tanah Orang Asli, tindakah tersebut hendaklah dilakukan dengan adil dan bayaran pampasan
yang perlu dibayar hendaklah setimpal dengan impak mereka kehilangan punca pendapatan dan sumber
makanan. Kenyataan ini turut dinyatakan oleh informan 2 iaitu:
“Bagi kami sekiranya tidak dapat nak elak berlaku pengambilan tanah saka kami, kami
mengharapkan pampasan yang dibayar biarlah setimpal dan munasabah dengan apa yang kami
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 165 -

