Page 175 - Proceedings Collega2023
P. 175

Teknik temu bual adalah merupakan teknik pengumpulan data utama dalam kajian ini. Melalui teknik ini,
               pengkaji telah melaksanakan banyak siri temu bual bersama masyarakat setempat khususnya melibatkan
               pemimpin  setempat  terutama  Penghulu,  Pengerusi  JPKKOA,  penduduk  tempatan  (golongan  tua)  dan
               agensi  pelaksana.  Melalui  teknik  ini,  pengkaji  memperolehi  maklumat  secara  terperinci  berkaitan
               kepentingan  tanah  saka  kepada  suku  kaum  Temiar.  Pengkaji  juga  mengumpul  data  dengan  teknik
               pemerhatian ikut serta. Sepanjang kajian pengkaji telah memerhati dan menyertai aktiviti seperti kegiatan
               ekonomi dan kegiatan harian masyarakat setempat bagi tujuan memperolehi data yang terperinci dan
               tepat.  Maklumat  yang  diperolehi  melalui  temu  bual  dan  pemerhatian  ikut  serta  adalah  merupakan
               maklumat asas kepada kajian ini. Semua maklumat yang dikumpul sama ada melalui teknik temu bual,
               pemerhatian ikut serta, mahu pun kajian dokumen dianalisis untuk memperolehi suatu gambaran lengkap
               berkaitan isu yang dikaji. Setelah selesai mengumpul data, maklumat tersebut dianalisis menggunakan
               perisian NViVO 12.



               Dapatan Kajian

                    Hasil kajian menunjukkan kepentingan tanah saka kepada suku kaum Temiar di Gua Musang Kelantan
               dipecahkan kepada empat sub tema seperti mana berikut:



               i.   Kelestarian petempatan
                    Hasil kajian menunjukkan kepentingan tanah saka yang utama adalah untuk kelestarian petempatan.
               Di atas tanah saka inilah mereka membina petempatan atau tempat tinggal sebagai tempat perlindungan
               daripada sebarang bentuk ancaman binatang buas dan cuaca buruk. Dengannya ada petempatan atau
               rumah  mereka  akan  hidup  berkeluarga  sehingga  beranak  pinak.  Keluasan  tanah  saka  untuk  dijadikan
               rumah meliputi keluasan suku ekar hingga satu ekar tanah.  Kebiasaanya dalam satu ekar tanah akan dibina
               tiga hingga empat buah rumah.  Ada juga yang berkongsi sebuah rumah di atas satu tanah saka dengan
               anggota  keluarga  yang  lain.  Kebiasaanya  anggota  keluarga  tersebut  terdiri  daripada  anggota  keluarga
               terdekat seperti adik beradik atau kaum kerabat sebelah ibu atau ayah. Kenyataan ini dinyatakan oleh
               informan 1 seperti berikut:



                    “Tanah saka kami ini sangat penting untuk kami tinggal menetap bersama anggota keluarga kami
                    yang lain. Biasanya tanah saka kami ini luas tidak lebih satu ekar, tengok bergantung kepada
                    berapa ramai ahli keluarga. Kalau ramai dah kahwin mungkin banyaklah rumah atas tanah saka
                    itu. Biasanya yang dah kahwin akan bina rumah barulah atas tanah saka sebelah rumah lama.
                    Tetapi ada juga dalam satu rumah dan tanah saka ini dia berkongsi tinggal sama dalam dua atau
                    tiga keluarga dalam satu rumah.”








               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 162 -
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180