Page 173 - Proceedings Collega2023
P. 173
arus pembangunan semasa. Walau bagaimanapun berasaskan Akta 134 ini buat masa ini, Orang Asli
berhak mendapat perwartaan kepada tanah yang mereka duduki. Sungguhpun begitu, walaupun Akta 134
ini digubal oleh pihak Kerajaan Persekutuan namun pewartaan dan kelulusan ke atas sesuatu tanah
termaktub dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Berikutan daripada punca kuasa berkenaaan isu
berkaitan pewartaan tanah bagi kaum Orang Asli tidak dapat diselaras dan diselesaikan serentak.
Sehubungan itu, satu jalan penyelesaian perlu difikirkan bagi menyelesaikan permasalah ini.
Populasi dan Lokasi Kajian
Fokus kajian ini melibatkan 14 pos petempatan suku kaum Temiar di Gua Muasang Kelantan.
Pemilihan suku kaum Temiar sebagai sampel kajian adalah kerana di Kelantan petempatan suku kaum
Temiar merupakan yang terbesar dan mempunyai populasi penduduk dianggarkan lebih 16168 orang
melibatkan 12,033 ahli isi rumah dan 4,135 ketua isi rumah (JAKOA 2022). Secara rasionalnya pengkaji
memilih lokasi pos suku kaum Temiar yang tinggal di Kelantan sebagai sampel kerana petempatan suku
kaum Temiar di Kelantan dipercayai antara petempatan awal masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar iaitu
di Gua Cha dan Kolam Air Panas Sungai Ber di Pos Hendrop. Selain itu, majoriti masyarakat suku kaum
Temiar di Kelantan masih lagi menjalankan kegiatan ekonomi secara tradisi yang diwarisi turun temurun
melibatkan aktiviti pertanian sara diri dan turut menjalankan kegiatan pertanian komersial seperti getah
dan durian. Selain itu isu berkaitan tanah saka, pewartaan, konflik tanah, pembangunan ekonomi,
penerokaan, pencerobohan, cabaran berkaitan tanah dan pembalakan yang sering berlaku di persekitaran
suku kaum Temiar di Kelantan. Di sini jelas menunjukan suku kaum Temiar sedang berhadapan kesukaran.
Tindakan sebahagian suku kaum Temiar melalui tuntutan mahkamah, blockade, rundingan, perbincangan
dan demonstrasi turut dijadikan antara sebab kajian ini dilaksanakan. Rajah menunjukkan petempatan
suku kaum Temiar dalam peta Malaysia.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 160 -

