Page 179 - Proceedings Collega2023
P. 179

akan tanggung. Apa yang saya boleh cakap tanpa tanah kami Orang Asli akan kehilangan sumber
                    makanan dan punca pendapatan. Kami kemungkinan akan menjadi pelarian diatas tanah sendiri
                    sekiranya tanah saka kami di ambil oleh orang lain”

               Rumusan dari dapatan ini mendapati tanah saka merupakan elemen penting dalam kehidupan suku kaum
               Temiar iaitu membekalkan sumber makanan dan sumber ekonomi suku kaum Temiar. Oleh itu perwartaan
               Tanah Rizab Orang Asli dilihat satu usaha yang relevan bagi melestarikan sosiekonomi suku kaum Temiar
               di Kelantan.

               iii.  Kelestarian budaya tradisi dan pengetahuan tradisi


               Bagi suku kaum Temiar, tanah merupakan kawasan hutan pada asalnnya yang kemudiannya diteroka bagi
               tujuan  petempatan,  ladang  pertanian  dan  kawasan  rayau.  Setiap  aktiviti  yang  dijalankan  merupakan
               amalan  tradisi  yang  diwarisi  dari  turun  temurun.  Kepentingan  utama  tanah  saka  dalam  melestarikan
               budaya  tradisi  adalah  kerana  kebanyakan  aktiviti  suku  kaum  Temiar  melibatkan  tanah  dan  hutan.
               Kenyataan ini diutarakan oleh informan 3 seperti berikut:



                    “Kumpulan  suku  kaum  Temiar  ini  sudah  hidup  di  hutan  ini  sudah  sejak  berzaman  lamanya.
                    Sebelum tanah itu menjadi tanah saka, ia sebenarnya adalah kawasan hutan belantara yang kami
                    teroka sedikit demi sedikit untuk pada awalnya adalah untuk tempat tinggal dan kemudiannya
                    kami teroka lagi untuk dijadikan kawasan kebun seperti ubi kayu, padi bukit, pisang dan buah
                    buahan. Sehingga hari ini amalan tradisi ini masih lagi diamalkan oleh kami sebagai pertanian
                    sara diri. Sekirannya tanah saka kami ini tidak diwartakan atau diiktiraf kemungkinan tanah kami
                    akan diambil oleh orang lain dan kami tidak ada tanah lagi untuk melakukan aktiviti ekonomi
                    tradisi kami.”



               Seperti yang sedia maklum, tanah saka merupakan kawasan hutan yang diteroka untuk dijadikan tempat
               tinggal, kebun dan kawasan rayau. Terdapat juga informan memberi pandangan tanah saka inilah lambang
               identiti  suku  kaum  Temiar.  Ini  kerana  setiap  amalan tradisi  dikaitkan  dengan  unsur  alam  semula  jadi.
               Kemahiran dan pengetahuan mereka untuk meneroka hutan untuk dijadikan tempat tinggal dan tanah
               pertanian  tidak  dimiliki  oleh  banyak  kaum  lain  melainkan  Orang  Asli.  Kenyataan  ini    diceritakan  oleh
               informan 4 seperti berikut;



                    “Sebenarnya ilmu pengetahuan dan kemahiran yang kami miliki ini merupakan satu anugerah
                    daripada pencipta kepada Orang Asli. Bagi kami tanah saka adalah lambang identiti kami yang
                    telah lama bergantung kepada alam semula jadi sejak turun temurun lagi untuk mendapatkan
                    makanan  dan  wang.  Ilmu  meneroka  hutan  dan  pengetahuan  tradisi  kami  tentang  membina
                    rumah, bertani, ubat herba, kemahiran menjejak, memburu dan sebagainya tidak dimiliki pada
                    kaum lain selain Orang Asli. Bagi saya selagi adanya tanah saka, budaya dan pengetahuan tradisi


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 166 -
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184