Page 171 - Proceedings Collega2023
P. 171
Definisi tanah saka dan tanah adat
Tanah saka atau tanah adat berperanan penting bagi masyarakat yang mengamalkan adat resam
secara hukum adat. Secara umumnya maksud tanah saka dan tanah adat adalah sinonim dari sudut
istilahnya. Namun penggunaannya berbeza berdasarkan kawasan dan juga masyarakat. Menurut Ramle et
al (2020) menyatakan di Malaysia istilah tanah saka kebiasanya digunakan oleh etnik Melayu dan Orang
Asli manakala tanah adat sering digunakan oleh masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana
disebabkan maksud yang hampir sama pelbagai definisi telah dinyatakan oleh pengkaji terdahulu
antaranya adalah Zurina (1991) mendefinisikan tanah pusaka atau saka merupakan tanah warisan yang
diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Wehrmann (2003) menjelaskan bahawa tanah adat
merupakan komoditi yang bersifat norm dan nilai pada pemiliknya yang memberi makna tanah adat bukan
sahaja menjadi sangat berharga pada ekonomi dan politik masyarakat tetapi menjadi sangat bernilai dalam
konteks spritual dan ritual mereka. Fleischacker (1994) pula mendefinisikan tanah adat sebagai set tradisi
yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang melibatkan nilai dan kepercayaan yang telah
diterima pakai dalam sesebuah masyarakat. Menurut Dentan (1968), Carey (1976) dan Hassan Mat Nor
(1991) menyatakan tanah adalah hak komuniti dan sering disebut sebagai tanah saka kerana dalam ruang
persekitarannya dari zaman nenek moyang hinggalah ke zaman generasi baru kegiatan berhuma,
memburu dan menangkap ikan dilakukan demi kelangsungan hidup. Bagi mereka, tanah saka merupakan
tanah yang dipusakai daripada turun temurun dan tanah yang diterokai hasil daripada titik peluh seorang
individu atau pun lebih daripada kalangan ahli keluarga bagi tujuan petempatan dan pertanian (Hasan Mat
Nor, 1996).
Manakala menurut pengkaji terkini seperti Verplanke & McCall, (2014) dan Paaga (2013)
menejelaskan tanah adat secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai hak pemilikan tanah yang
diperoleh secara turun-temurun daripada satu generasi ke generasi. Menurut Hamimah Hamzah (2013)
menyatakan Orang Asli secara tradisinya mengenal pasti diri mereka berhubung dengan wilayah
(persekitaran) tertentu yang mereka telah diduduki oleh dari generasi ke generasi dengan melihat tanah
adat atau saka sebagai batu asas dalam kehidupan mereka. Mereka menganggap tanah adat atau tanah
saka mempunyai kualiti keramat yang mengandungi sejarah dan identiti generasi terdahulu dalam
memastikan petempatan dan kelangsungan hidup mereka dalam ekonomi sara diri sentiasa berterusan
(Hamimah Hamzah 2013). Kenyataan yang sama juga turut diutarakan oleh Maria Kaban (2016)
menjelaskan tanah saka adalah tempat tinggal bagi sesuatu masyarakat selain dijalankan aktiviti bercucuk
tanam, dimana anggota masyarakat adat dikuburkan dan tanah merupakan tempat tinggalnya makhluk
ghaib dan roh-roh para leluhur. Menurut Ramle et al (2018; 2019; 2020) menjelaskan tanah saka dalam
konteks kehidupan tradisi suku kaum Temiar merupakan satu wilayah di mana sesebuah kumpulan atau
band kaum Orang Asli sejak dari turun temurun lagi hidup berpindah randah di dalam ruang tersebut.
Menurut Ramle et al (2020) menjelaskan lagi tanah saka merangkumi kawasan yang digunakan untuk
petempatan dan penanaman seperti ladang getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Terdapat juga
kawasan peninggalan nenek moyang di luar kawasan perkampungan mereka yang biasanya terdapat
pelbagai jenis pokok buah-buahan (Ramle et al, 2020). Kenyataan yang hampir sama turut dinyatakan Izzati
Wook et al (2020) menjelaskan tanah saka atau tanah adat adalah kawasan yang dirizabkan bukan hanya
meliputi kawasan petempatan yang didiami pada masa ini tetapi juga kawasan “kampung lama” yang
dahulunya juga didiami oleh generasi terdahulu yang diwarisi daripada nenek moyang. Daripada
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 158 -

