Page 177 - Proceedings Collega2023
P. 177

“Ya, bagi kami tanah saka masyarakat Temiar ini sangat penting kepada kehidupan kami pada hari
                    ini bukan sahaja dulu. Jika boleh diberi hak milik atau warta rizab ke sangat bagus sebenarnya.
                    Tapi setahu saya tanah saka Orang Asli yang dah diwartakan sedikit sahaja yang baru diwartakan.
                    Kami sebenarnya berharap tanah saka kami ini dapat diwartakan atau diberi hak milik oleh pihak
                    kerajaan supaya tanah saka yang kami usahakan secara turun temurun ini tidak dapat diambil
                    oleh pihak lain. Jika tanah kami ini dah diwartakan, kami rasa lebih terjamin terutama untuk anak
                    cucu kami. Dengan itu, sangat penting sebenarnya untuk semua tanah Orang Asli di Kelantan
                    diwarta  sebab  sudah  banyak  tanah  petempatan  sudah  diceroboh  oleh  pembalakan  dan
                    pembukaan ladang oleh pihak luar.”



               Rumusan dari dapatan ini menunjukkan pentingnya tanah saka untuk kelestarian petempatan suku kaum
               Temiar di negara ini. Bagi memastikan hak pemilikan tanah saka diiktiraf, tidak hilang dan terjamin, usaha
               pewartaan  yang  diperuntukan  di  dalam  peruntukan  undang-udang  Malaysia  iaitu  Akta  134  perlu
               dikuatkuasa dan diperkasakan supaya hak kaum Orang Asli di Malaysia terhadap tanah saka terbela.



               ii.  Kelestarian sosioekonomi
               Tanah dan Orang Asli suku kaum Temiar mempunyai  hubungan yang sangat rapat. Seperti yang telah
               dinyatakan  didalam  kajian  literatur,  tanah  merupakan  harta  yang  digunakan  untuk  dijadikan  ladang
               pertanian sama ada untuk tujuan sara diri atau pun untuk penjanaan sumber pendapatan. Bagi suku kaum
               Temiar, tanah saka merupakan aset penting yang menyumbang kepada sumber bekalan makanan dan
               sumber pendapatan semenjak turun temurun. Dan kini tanah saka menjadi lebih penting kerana melalui
               aktiviti  ekonomi  pertanian  komersial  iaitu  dengan  menanam  getah,  durian  dan  sayur-sayuran  telah
               menjadi  sumber  pendapatan  utama  mereka.  Ladang  dan  tanaman  yang  diusahakan  oleh  suku  kaum
               Temiar di atas tanah saka inilah yang membantu melestarikan sumber sosioekonomi mereka pada masa
               kini.  Mereka  juga  turut  menyuarakan  kebimbangan  tentang  status  sosioekonomi  generasi  baru  nanti.
               Kenyataan ini dinyatakan oleh informan 1 seperti berikut:



                    “Tanah saka kami ini adalah sumber utama bagi kami untuk terus hidup. Dengan tanah saka inilah
                    kami bercucuk tanam ubi kayu, pisang, padi bukit dan buah-buahan untuk kami makan. Kalau
                    untuk sumber pendapatan utama kami menoreh getah. Aktiviti ini kami warisi dari datuk nenek
                    moyang kami lagi. Tanah saka ini pada kami pada hari ini lagi sangat penting sebab tanah kami
                    dah  semakin  sedikit  sebab  banyak  diteroka  dan  diambil  oleh  orang  luar.  Sekarang  ini  kami
                    bimbang sebenarnya bimbang takut generasi anak-anak kami nanti tak ada tanah untuk mereka
                    bercucuk tanam dan tinggal.”







               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 164 -
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182