Page 170 - Proceedings Collega2023
P. 170
Jadual 1: Kaum dan Populasi Orang Asli Mengikut Negeri di Malaysia
Kaum
Jumlah
Negrito Senoi Melayu Proto
3.02% 55.21% 41.77% 100%
6,322 115,712 87,541 209575
Kepentingan tanah kepada Orang Asli
Menurut pengkaji terdahulu seperti Dentan (1968) Carey (1976) Hasan Mat Nor (1996)
menceritakan tanah dan hutan merupakan sumber yang sangat penting yang membolehkan Orang Asli
meneruskan kelangsungan hidup kerana sumber tersebut bebas dimanfaatkan oleh sesiapa pun tanpa
sebarang sekatan kerana ia adalah milik semula jadi manusia secara bersama yang dijadikan tuhan untuk
manusia meneruskan hidup. Tanah adalah hak komuniti dan sering disebut sebagai tanah saka kerana
dalam ruang persekitarannya dari zaman nenek moyang hinggalah ke zaman generasi baru kegiatan
berhuma, memburu dan menangkap ikan dilakukan demi kelangsungan hidup (Dentan 1968: Carey 1976;
Hasan Mat Nor 1991). Fifi Norhahdah Taman dan Rozilah Kasim (2021) menyatakan hutan dan tanah saka
merupakan elemen yang amat berharga bagi masyarakat Orang Asli, sebagai tempat untuk mereka
bercucuk tanam, mencari rezeki, mendapatkan ubat-ubatan trandisi seperti akar-akar kayu untuk dijadikan
herba dan ubat-ubatan tradisional, dan juga mencari sumber makanan.
Menurut Hasan Mat Nor (1996) dan Hafis Simin et al (2020) menyatakan tanah merupakan sumber
yang sangat penting kepada kehidupan Orang Asli bukan sahaja sebagai petempatan, tetapi kerana punca
utama kehidupan mereka yang kini tidak lagi bergantung kepada mengumpul hasil hutan semata-mata
sebaliknya kini mereka sangat bergantung kepada pertanian khususnya tanaman getah. Pekerjaan dengan
mengusahakan tanah pertanian kini antara pekerjaan utama bagi masyarakat Orang Asli khususnya suku
kaum Temiar untuk mendapatkan sumber pendapatan utama. Manakala pekerjaan mengumpul hasil
hutan merupakan pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan (Sahar Sa’di et al, 2020). Kegiatan
mengumpul hasil hutan tidak lagi dianggap sebagai satu kegiatan tradisi yang mereka minati dan ingin
teruskan, sebaliknya kegiatan pertanian sara diri dan komersial lebih menjadi pilihan kerana peluang
dalam memajukan taraf ekonomi mereka sangat terhad berbanding kegiatan mengumpul hasil hutan
(Hafis Simin et al, 2020).
Oleh kerana tanah merupakan aset penting kepada Orang Asli menurut Ramle et al (2020) dan Fifi
Norhahdah Taman dan Rozilah Kasim (2021) menyatakan perwartaan tanah saka sebagai tanah rizab Orang
Asli adalah sangat penting dan signifikan untuk memastikan kawasan tanah rizab ini sentiasa diperlihara
dan dilindungi dari dicerobohi seperti pembalakan, penerokaan tanah dan lain-lain.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 157 -

