Page 169 - Proceedings Collega2023
P. 169

sekarang dan generasi akan datang dapat mengecapi pembangunan dan kesejahteraan yang lebih maju
               dan harmoni.

                       Suku kaum Temiar adalah terdiri daripada Orang Asli daripada kaum Senoi. Suku kaum Temiar
               merupakan kaum Orang Asli yang banyak tinggal di kawasan pedalaman dan tinggi di negeri Kelantan dan
               Perak. Di Kelantan suku kaum Temiar merupakan kaum Orang Asli yang paling ramai berbanding kaum
               Orang Asli yang lain. Secara tradsisinya suku kaum Temiar menjalankan aktiviti ekonomi pertanian sara diri
               (ubi kayu, padi huma, dusun buah-buahan), mengumpul hasil hutan dan memburu. Namun disebabkan
               perkembangan  pembangunan  ekonomi  semasa,  aktiviti  ekonomi  mereka  turut  mengalami  perubahan
               daripada ekonomi tradisi kepada aktiviti ekonomi moden seperti getah, durian dan kelapa sawit. Populasi
               penduduk suku kaum T  emiar  di  Kelantan  mencecah  16,168  orang  (JAKOA,  2022).  Populasi  secara
               terperinci suku kaum Temiar di Kelantan adalah seperti berikut:


                         Jadual 1: Jumlah Keseluruhan Populasi Suku Kaum Temiar di Gua Musang Kelantan
                                  Petempatan           Ketua Isi Rumah   Ahli Isi Rumah   Jumlah
                                                            (KIR)           (AIR)
                         Pos Broke, Pos Hendrop, Pos Hau,
                         Pos Bihai, Pos Balar, Pos Simpor,
                         Pos  Belatim,Pos  Pasik,  Pos  Blau,   4135 orang   12033 orang   16168 orang
                         Pos  Tohoi,  Pos  Gob,  RPS  Kuala
                         Betis dan Kampung Kuala Wook


               Sumber: JAKOA (2022)



               Sorotan Literatur

               Orang Asli di Malaysia
                       Menurut  Carey  (1976)  dan  Ramle  (2014)  menyatakan  masyarakat  Orang  Asli  di  Semenanjung
               Malaysia boleh terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu; Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Setiap kaum ini
               mempunyai enam suku kaum; bagi kaum Negrito terdiri daripada suku kaum Batek, Lanoh, Jahai, Medrik,
               Kintak dan Kinsui. Manakala bagi kaum Senoi terdiri daripada suku kaum Temiar, Semai, Semaq Beri, Jah-
               Het, Mah Meri dan Che Wong. Seterusnya kaum Melayu Proto pula terdiri daripada suku kaum Jakun,
               Semelai, Temuan, Orang Kanak, Orang Seletar dan Orang Kuala (Carey, 1976). Menurut Jabatan Kemajuan
               Orang Asli JAKOA (2022) jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia sehingga
               tahun 2022 berjumlah 209,575. Komposisi penduduk mengikut kaum adalah, kaum Negrito seramai  6,322
               orang (3.02%), kumpulan kaum Senoi seramai   115,712 orang (55.21%), dan kumpulan kaum Melayu Proto
               seramai 87,541orang  (41.77%). Keseluruhan mereka tinggal di 852 buah perkampungan Orang Asli di
               seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Pualau Pinang dan Perlis (JAKOA, 2022). Perangkaan pada
               tahun 2022 menunjukkan jumlah penduduk Orang Asli telah bertambah berbanding tahun sebelumnya.
               Secara ringkasnya kaum dan suku kaum Orang Asli di Malaysia dapat ditunjukkan melalui Jadual


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 156 -
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174