Page 1050 - Proceedings Collega2023
P. 1050

Unsur Tauhid

                       Unsur tauhid yang terdapat dalam sajak melambangkan kearifan nilai pemikiran yang tinggi dalam
               kalangan pemuisi muda atau remaja. Tauhid ialah asas akidah umat Islam, iaitu keyakinan sepenuhnya dan
               tidak ada sedikit pun keraguan bahawa Allah SWT itu Satu, Tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan.
               Konsep tauhid dalam puisi akan mengukuhkan pegangan akidah dan keimanan seseorang kepada Allah
               SWT. Tanpa pengakuan sepenuhnya terhadap keesaan Allah akan menyebabkan keruntuhan iman. Dalam
               kajian ini, terdapat dua puisi yang membawa konsep tauhid, iaitu puisi seperti berikut:


                   1.  Tetapi mampu kauresapinya
                       Dengan kurniaan akal yang Maha Esa. (Julai 2023)


                   2.  Hidupnya bergantung pada orang yang perlu
                             Dalam rawan dia sujud pada yang Satu. (Ogos 2023)



                       Kedua-dua contoh di atas membawa nilai tauhid dalam sajak Minda Buat Remaja dan Rindu atas
               Rindu. Sajak Minda Buat Remaja karya Muhammad Khairul Afnan yang merupakan pelajar sekolah agama
               telah menerapkan konsep tauhid melalui frasa kurniaan akal yang Maha Esa. Dalam baris tersebut, penulis
               puisi ingin mengajak para pembaca untuk menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Esa.
               Walaupun  nama  Allah  tidak  disebut  secara  langsung,  namun  demikian,  perkataan  Maha  Esa  sudah
               menandakan  bahawa  Allah  yang  Satu  ialah  pemberi  akal  kepada  manusia.  Hanya  agama  Islam  yang
               berpegang pada konsep tauhid, iaitu keesaan atau ketunggalan Allah SWT.

                       Sajak Rindu di Atas Rindu karya Siti Balqis Ismail turut membawa konsep dan nilai tauhid seperti
               yang diperlihatkan dalam contoh 2 di atas. Frasa sujud pada yang Satu secara langsung menunjukkan
               bahawa penulis sajak tersebut memperakui keesaan Allah SWT. Ejaan Satu dimulai dengan huruf besar
               dan ia merujuk kepada Allah SWT. Pengkaji berpendapat bahawa Siti Balqis Ismail telah membimbing
               pembaca puisi untuk memperakui keesaan Allah dengan bersujud kepada-Nya ketika dalam kesedihan
               (rawan).  Pengkaji  menyimpulkan  bahawa  Muhammad  Khairul  Afnan  dan  Siti  Balqis  telah  membawa
               konsep tauhid dalam sajak mereka masing-masing melalui frasa yang Maha Esa dan sujud pada yang Satu.
               Penerapan nilai tauhid dalam sajak merupakan satu kearifan yang tidak ternilai harganya.



               Unsur Kesyukuran

                       Nilai kesyukuran dalam sajak melambangkan para pengkarya seni mempunyai hubungan yang erat
               dengan Allah SWT. Penerapan nilai kesyukuran dalam sajak merupakan manifestasi  nilai kearifan yang
               tinggi  di  sisi  Islam.  Unsur  dan  nilai  kesyukuran  dapat  membimbing  manusia  ke  arah  pengabdian
               sepenuhnya kepada Allah SWT. Allah SWT sangat menyukai orang yang bersyukur dan Allah akan sentiasa
               menambahkan rahmat dan kebaikan kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada-Nya. Nilai kesyukuran
               yang diterapkan dalam sajak menunjukan pemikiran dan kefahaman yang tinggi dalam kalangan penulis
               sajak tentang konsep syukur. Nilai kesyukuran ini dapat dilihat melalui tiga sajak, iaitu Ada Apa dengan
               Jauhlah (karya Fatin Nadhirah Mohd Fadli), Ukiran Senyuman (karya Ain Batrisyia Sahkuran Anwar), Jiwa
               Alam (karya Farah Ain Nadrah Androd).  Terdapat pelbagai penanda linguistik yang menunjukkan  nilai


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1037
   1045   1046   1047   1048   1049   1050   1051   1052   1053   1054   1055