Page 1045 - Proceedings Collega2023
P. 1045

KEARIFAN DALAM PUISI REMAJA: KAJIAN KES TERHADAP PUISI DALAM MAJALAH
                                                      DEWAN SISWA


                                                                            1
                                               Abd Ganing LAENGKANG
                                                                            2
                                                Nurul Haniza SAMSUDIN
                       1,2  Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
                                                   1 abdganing@um.edu.my

                                                   2.  haniza_85@um.edu.my



                                                          ABSTRAK
                       Kajian ini berkaitan dengan analisis kearifan dalam puisi Dewan Siswa, terbitan Dewan Bahasa dan
               Pustaka. Dalam konteks ini, kearifan merujuk kepada kebijaksanaan yang mengandungi pemikiran, nilai
               kebaikan dan nilai-nilai Islam. Puisi berupaya menjadi platform untuk menerapkan  pemikiran dan nilai-
               nilai Islam. Persoalan kajian ini ialah sejauh mana tahap dan jenis kearifan dalam kalangan pelajar dan
               mahasiswa yang terdapat dalam puisi. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis nilai-nilai
               Islam yang melambangkan kearifan pemuisi pelajar dan mahasiswa. Sebanyak 24 puisi yang diterbitkan
               antara  Mac  2023  hingga  September  2023  telah  dipilih  untuk  dianalisis.  Penyelidikan  menggunakan
               pendekatan  kualitatif  dan  analisis  kandungan.  Analisis  dilakukan  dengan  kerangka  konsep  yang
               dikemukakan oleh Persuratan Baru, yang melihat karya seni dalam kerangka tauhid. Dalam kajian ini,
               mana-mana nilai kebaikan dan nilai Islam yang mendekatkan diri kepada Allah, membawa nilai tauhid,
               akidah, akhlak, unsur dakwah, pengabdian dan sebagainya akan dilihat sebagai satu aspek kearifan dalam
               kalangan pelajar dan mahasiswa. Berdasarkan analisis data, kajian ini mendapati 12 jenis kearifan yang
               diterapkan oleh pelajar dan mahasiswa ke dalam puisi mereka. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelajar
               dan mahasiswa mempunyai tahap kearifan yang tinggi kerana puisi yang dihasilkan mengandungi nilai
               kebaikan  dan  nilai-nilai  Islam,  seperti  tauhid,  akidah,  akhlak,  pengabdian,  kesyukuran,  dakwah,  dan
               sebagainya.



               Kata kunci: kearifan tempatan;  puisi;  mahasiswa;  nilai Islam
















               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1032
   1040   1041   1042   1043   1044   1045   1046   1047   1048   1049   1050