Page 1051 - Proceedings Collega2023
P. 1051
kesyukuran, seperti syukur, kuhargai mensyukuri dan sebagainya. Berikut ialah dua contoh nilai kesyukuran
yang terdapat dalam sajak
1. Namun, kuhargai kurniaan Ilahi kepadaku. (Sept 2023)
2. Nyaman dalam pelukan mesra
Mensyukuri nikmat milik Tuhan. (Jun 2023)
Nilai kesyukuran dalam contoh 1 di atas ditandai oleh perkataan kuhargai kurniaan Ilahi. Kamus
Dewan mendefinisikan menghargai sebagai memberikan penghormatan, pujian, sanjungan, dan
sebagainya. Kajian ini mengaitkan makna menghargai dengan konsep syukur, iaitu berterima kasih.
Seseorang yang berterima kasih akan memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang memberi
sesuatu kebaikan. Oleh itu, konsep syukur boleh ditandai oleh perkataan kuhargai. Dalam sajak tersebut,
penulis sajak menggunakan perkataan kuhargai sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana Allah
menganugerahkan nikmat senyum kepada penulis sajak itu. Pada pendapat pengkaji, mesej keseluruhan
dalam sajak tersebut ialah penulis menanggapi senyuman sebagai anugerah Allah yang tidak ternilai
harganya kerana senyuman ialah pengubat hati ketika dalam kedukaan.
Contoh 2 di atas turut dengan jelas memperlihatkan nilai syukur kepada Allah SWT yang terdapat
dalam sajak Jiwa Alam. Dalam sajak tersebut, penulis mengekspresikan perasaan syukur kepada Allah SWT
kerana dianugerahkan dengan alam atau persekitaran yang mendamaikan hatinya. Frasa milik Tuhan turut
membawa makna bahawa penulis meyakini alam yang indah ialah milik Allah SWT. Keyakinan bahawa alam
ini milik Allah menjadikan penulis mengekspresikan kesyukurannya. Ekspresi kesyukuran ini merupakan
satu nilai kearifan dalam sebuah karya seni, khususnya sajak yang ditulis oleh golongan remaja. Pengkaji
menyimpulkan bahawa sajak yang mengandungi nilai kesyukuran dapat mengajak para pendengar untuk
sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
Unsur Taubat
Taubat bermaksud penyesalan terhadap kesalahan atau dosa yang telah dilakukan dan pengakuan
untuk tidak akan melakukan kesalahan lalu. Taubat merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.
Oleh itu, unsur taubat yang diterapkan dalam puisi merupakan satu unsur kearifan pengkarya seni.
Walaupun disampaikan secara berseni, namun demikian usur taubat yang terapkan sangat mudah
difahami. Hal ini dapat dilihat melalui karya berikut:
1. Kerana aku tidak mahu lagi
Lautan nafsu dalam diri
Menjadi badai dalam pelayaran hidupku
Inginku berlabuh di dermaga keinsafan ... (Julai B)
2. Sentiasa memeluk erat diriku setiap masa
Ampun hamba, Ya Rabb
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1038

