Page 1053 - Proceedings Collega2023
P. 1053
Jadilah remaja yang tinggi harganya
Remaja yang bersih dari gelodak kecewa (Julai 2023)
Tiga baris puisi dalam contoh 1 di atas secara keseluruhannya memberikan peringatan tentang
kematian kepada pembaca. Hal ini merupakan satu unsur dakwah kerana mengajak dan memberi
kesedaran kepada pembaca bahawa hidup ini hanya sementara dan manusia boleh mati pada bila-bila
masa. Peringatan tersebut diberikan secara kreatif dan tersirat, tetapi masih mudah untuk difahami.
Misalnya, terkadang pergi tanpa tanda; perkataan pergi lazimnya dikaitkan dengan kematian, manakala
tanpa tanda membawa maksud manusia boleh mati secara tiba-tiba, tanpa perlu sakit terlebih dahulu.
Dalam contoh 2 di atas, perkataan Wahai Sang Remaja dan Ingatlah Tuhan merupakan penanda
seruan dakwah kepada remaja. Mesej yang hendak disampaikan dalam dakwah tersebut ialah Allah tidak
menilai tinggi rendah kehidupan seseorang, sebaliknya Allah menilai usaha yang dilakukan. Dengan
perkataan lain, pemuisi tersebut mengingatkan remaja agar sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk
mencapai kehidupan yang lebih baik. Contoh 3 amat jelas memperlihatkan seruan dakwah, yang ditandai
oleh perkataan fikirlah, wahai anak watan, sedarlah, dan jadilah. Frasa jadilah remaja yang tinggi
harganya tidak membawa maksud harga dari sudut wang ringgit, sebaliknya membawa maksud harga diri,
maruah, keperibadian, akhlak yang tinggi dan sebagainya. Selain itu, frasa Remaja yang bersih merupakan
sebahagian daripada mesej yang disampaikan dan ia menasihati agar menjadi remaja yang tidak berputus
asa dan kecewa dalam kehidupan. Secara keseluruhannya, seruan dakwah yang diterapkan dalam puisi
merupakan satu nilai kearifan yang tinggi.
Rukun Iman
Rukun iman ialah keyakinan sepenuhnya terhadap enam perkara, iaitu keyakinan kepada Allah
SWT, keyakinan kepada para malaikat, keyakinan kepada kitab-kitab Allah, keyakinan kepada para nabi,
keyakinan kepada hari akhirat dan, qada’ dan qadar. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati terdapat nilai
rukun iman yang diterapkan dalam puisi. Walaupun tidak secara langsung, namun demikian ia memberi
gambaran bahawa penulis puisi mempunyai keyakinan atau berpegang dengan rukun Islam. Hal ini dapat
dilihat melalui contoh petikan puisi berikut:
1. Memikirkan nasib manusia kini
Yang menjadi tanda tanya dunia dan ukhrawi. (Julai 2023)
2. Sedikit demi sedikit menuju ke syurga. (September 2023)
3. Siapalah kita yang ingin melawan takdir Tuhan. (Ogos 2023)
Contoh 1 dan contoh 2 menunjukkan rukun iman kelima, keyakinan kepada hari akhirat, iaitu alam
selepas kematian. Dalam konteks ini, alam selepas kematian merangkumi syurga dan neraka. Frasa yang
dikaitkan dengan rukun iman kelima ini ialah frasa dunia dan ukhrawi yang terdapat dalam contoh 1, dan
frasa menuju ke syurga yang terdapat dalam contoh 2. Contoh 3 pula berkait rapat dengan rukun iman
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1040

