Page 1054 - Proceedings Collega2023
P. 1054

keenam, iaitu qada’ dan qadar. Qada’ dan qadar ialah takdir atau segala nasib seorang telah ditentukan
               oleh Allah SWT. Manusia tidak boleh melawan ketentuan Allah SWT. Konsep rukun iman dalam puisi
               menunjukkan penulis remaja tersebut menunjukkan kearifan dan kefahamannya tentang Islam.


               Sifat-Sifat Allah

                       Sifat-sifat Allah merupakan satu aspek ketuhanan dan wajib diketahui dan difahami oleh setiap
               umat Islam. Memahami sifat-sifat Allah merupakan satu cara mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT.
               Analisis kajian mendapati para penulis remaja banyak menerapkan sifat-sifat Allah SWT ke dalam puisi. Hal
               ini menunjukkan kearifan remaja yang amat tinggi kerana memperkenalkan pelbagai sifat utama Allah
               kepada pembaca. Antara sifat utama Allah ialah Allah itu Satu, Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa,
               Maha Pencipta, Maha Mendengar, Maha Memiliki dan sebagainya. Analisis kajian mendapati lima sifat
               yang  diterapkan  dalam  puisi ialah  Allah  Maha  Mengetahui,  Maha  Mendengar,  Maha  Pencipta,  Maha
               Memiliki, dan Maha Esa. Berikut ialah tiga contoh petikan puisi yang memperlihatkan sifat-sifat utama
               Allah SWT.



                   1.  Kuketahui bahawa Tuhan Maha Mengetahui
                              Segala isi tersirat hamba-Nya. (September 2023)

                   2.  Walau seribu tahun lamanya tetap kunanti
                              Kupercaya Engkau Maha Mendengar. (Mac 2023)
                   3.  Tidak pernah kenang mahupun sedar
                              Tentang-Mu Maha Pencipta

                              Langit yang aku dongak

                              Tanah yang aku pijak

                               Semuanya milik-Mu. (Mac 2023)


                       Contoh 1 di atas menunjukkan sifat Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sama ada sesuatu yang
               lepas, sedang berlaku dan pada masa akan datang, termasuklah mengetahui segala sesuatu yang tersirat
               dan tersurat tentang hamba-Nya. Frasa segala isi tersirat merujuk kepada perkara yang tidak dapat dilihat
               atau perkara dalaman, seperti niat, keinginan dan sebagainya. Dengan perkataan lain, pemuisi dalam
               contoh  1  mengetengahkan  bahawa  Allah  maha  mengetahui  sama  ada  yang  boleh  dilihat  atau  yang
               tersembunyi. Contoh 2 pula menunjukkan bahawa pemuisi meyakini sifat Allah yang Maha Mendengar.
               Maha  Mendengar  membawa  maksud  Allah  mendengar  dan  memenuhi  setiap  doa  dan  permintaan
               hamba-Nya yang dalam kesusahan. Contoh 3 di atas menunjukkan dua sifat Allah, iaitu Maha Pencipta dan
               Allah ialah Pemilik langit dan bumi. Secara keseluruhannya, sifat-sifat Allah yang diterapkan dalam karya
               puisi merupakan nilai kearifan yang tinggi.







               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1041
   1049   1050   1051   1052   1053   1054   1055   1056   1057   1058   1059