Page 1052 - Proceedings Collega2023
P. 1052
Tidak pernah kenang mahupun sedar
Tentang-Mu Maha Pencipta
Contoh 1 dipetik daripada puisi Pelayaran Hidup oleh seorang pelajar Sekolah Menengah
kebangsaan Tun Ismail, iaitu Siti Aina Tumeri. Walaupun tidak menggunakan perkataan taubat, namun
demikian terdapat dua frasa yang kreatif menunjukkan konsep taubat. Pertama ialah aku tidak mahu lagi
menunjukkan pemuisi tersebut tidak ingin lagi melakukan dosa. Kemudian, konsep taubat ditandai oleh
baris berikutnya inginku berlabuh di dermaga keinsafan. Keinsafan berkait rapat dengan konsep taubat.
Contoh 2 turut menyampaikan secara tidak langsung unsur taubat. Sebaliknya, konsep taubat yang
diketengahkan ditandai oleh perkataan Ampun hamba, Ya Rabb. Ampun membawa maksud meminta
maaf. Dalam puisi di atas, makna yang ingin disampaikan ialah penulis puisi meminta keampunan kerana
tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada pemuisi selama ini. Dengan perkataan
lain, permintaan ampun akan membawa makna taubat dan menginsafi dosa yang dilakukan. Kajian ini
merumuskan bahawa taubat merupakan kunci utama jalan menuju ke syurga. Hal ini sekali gus
melambangkan kearifan pemuisi kerana menyedari bahawa taubat dapat menghapuskan dosa dan
memudahkan perjalanan menuju ke syurga.
Unsur Dakwah
Secara umumnya, dakwah merupakan amalan untuk menyebarkan kebaikan dan mengajak
seseorang ke arah ajaran Islam yang sebenar. Dakwah dalam konteks ini juga ialah unsur-unsur nasihat
kepada seseorang yang telah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu,
dakwah juga memberi kesedaran dan peringatan mengenai Pencipta, iaitu Allah SWT. Dalam kajian ini,
unsur dakwah merupakan satu kearifan yang dimiliki oleh pengkarya seni, khususnya penulisan puisi
dalam kalangan remaja. Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati banyak unsur dakwah yang terdapat
dalam puisi yang diterbitkan majalah Dewan Siswa. Hal ini dapat dilihat melalui tiga contoh berikut:
1. Berfikir secara logika
Hidup manusia sementara
Terkadang pergi tanpa tanda
2. Wahai Sang Remaja
Ketika berada di titik terendah dalam hidupmu
Ingatlah Tuhan tidak memandang ketinggian dan kerendahan
Tuhan hanya menghitung usaha yang telah diperjuangkan (Julai 2023 )
3. Maka, fikirlah
Wahai anak watan,
Sedarlah zaman semakin renta ...
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1039

