Page 1049 - Proceedings Collega2023
P. 1049

Bilangan terbitan dan jumlah puisi yang dianalisis



                             Bulan Terbitan        Jumlah yang               Jumlah sajak

                                                   diterbitkan              yang dianalisis

                                  Mac                   8                         3

                                  April                 8                         4
                                  Jun                   8                         4

                                  Julai                 8                         6

                                  Ogos                  8                         4

                               September                8                         3

                                            Jumlah                          48    24


               Analisis dan Perbincangan

                       Secara umumnya, kajian ini mendapat 12 nilai kearifan dan pemikiran Islam yang terdapat dalam
               puisi remaja, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nilai-nilai Islam yang terdapat dalam sajak remaja
               menunjukkan mereka juga mempunyai pemikiran atau nilai pegangan agama yang kuat.  Seperti yang
               disebutkan di atas, kajian ini akan mengenal pasti nilai-nilai Islam atau unsur-unsur kebaikan yang terdapat
               dalam sajak remaja berdasarkan matlamat sastera dari perspektif Islam. Nilai-nilai Islam yang diterapkan
               dalam puisi oleh penulis puisi remaja merupakan manifestasi kearifan mereka. Walaupun dalam usia
               muda, tetapi mereka telah berupaya mengangkat nilai-nilai Islam dalam karya mereka. Senarai berikut
               ialah 12 nilai Islam atau unsur kearifan pelajar dan mahasiswa yang diterapkan dalam puisi.

                   1.  Tauhid
                   2.  Kesyukuran
                   3.  Taubat
                   4.  Dakwah
                   5.  Rukun Iman
                   6.  Sifat-sifat Allah
                   7.  Jihad Pendidikan
                   8.  Doa
                   9.  Zikir dan selawat
                   10. Ketakwaan
                   11. Keikhlasan
                   12. Kagum  Dengan Ciptaan Allah





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1036
   1044   1045   1046   1047   1048   1049   1050   1051   1052   1053   1054