Page 1017 - Proceedings Collega2023
P. 1017

bantahan dalam kalangan Orang Asli dalam bab itu. Dan kami pun sependapat sebenarnya. Bukanlah
                  kami nak kata Orang Asli di Kelantan ini tidak cerdik. Tapi kita bimbang mereka ini dimanipulasi oleh
                  pihak luar yang ada kepentingan lain. Untuk makluman, tanah di Hulu Kelantan ini harga dia mahal
                  sangat sebab banyak projek yang hendak dibuat macam durian Musang King. Jadi kalau diberi hak
                  milik tanah kepada Orang Asli mungkin mudah-mudah je nak jual. Kalau jual harga tinggi okaylah,
                  yang  kita  bimbang  takut  jual  harga  rendah  sebab  kena  tipu  atau  dimanipulasi.  Yang  paling
                  membimbangkan lepas jual tanah tak kira dapat jual mahal ke murah, mari timbul masalah tidak ada
                  tanah pula nak tinggal. Jadi siapa yang nak kena hadap masalah itu kalau bukan agensi jabatan.“



                       Selain itu, terdapat beberapa pengkaji menyatakan akta ini perlu dipinda dan diberi pembaharuan
               yang lebih sesuai dengan situasi pada masa kini. Antara pengkaji tersebut adalah seperti Hassan Mat Nor
               (1991;1996) dan Ramle et al (2020) berpandangan Akta 134 haruslah dipinda dan diberi nafas baru kepada
               Orang Asli supaya mereka diberi peluang untuk berdikari dan menentukan arah pembangunan dan masa
               depan sendiri. Akta yang dipinda perlu mempunyai semangat mendorong perubahan dan kemajuan supaya
               Orang Asli mendapat manfaat yang lebih demi meningkatkan dan memperbaiki harga diri. Selain itu, hal ini
               juga turut dipersetujui oleh Zainal Zulhilmi Zainal Abidin & Seow Ta Wee (2013) dan Hafis et al (2020)
               menjelaskan penggunaan Akta Orang Asli 134 yang pada asalnya bertujuan untuk mengelakkan komuniti ini
               terlibat dan membantu aktiviti komunis pada suatu ketika dahulu dilihat kini perlu digubal semula selepas
               negara ini telah mencapai kemerdekaan kerana sebahagian akta ini dilihat kurang sesuai untuk digunapakai
               pada  masa  kini kerana telah banyak  perubahan telah  berlaku  dalam  kehidupan  masyarakat  Orang Asli
               semenjak  daripada  merdeka  sehingga  kini.  Seorang  Informan  2  dari  suku  kaum  Temiar  ada  memberi
               pandangan sepertimana berikut:



                  “Ye saya tahu yang kami ini dikawal dan dilindungi oleh undang-undang Orang Asli (Akta 134). Tapi
                  bagi sayalah undang-undang (Akta 134) itu seperti sudah tidak sesuai lagi untuk hari ini dan saya
                  rasa perlu dibuat baru. Sebab apa saya kata begitu sebab kami dah berjuang untuk tuntut tanah saka
                  kami diwarta atau diberi hak milik ini sudah lama, seingat saya sebelum tahun 2000 lagi. Tapi sampai
                  sekarang masih lagi belum selesai-selesai.”



                       Berikutan daripada isu perundangan ini, jelas suku kaum Temiar juga turut terkesan. Oleh itu, usaha
               untuk meminda Akta 134 ke arah yang lebih relevan dan sesuai dengan situasi semasa hendaklah diambil
               serius oleh pihak berkaitan supaya usaha membangunkan Orang Asli khususnya suku kaum Temiar dalam
               sektor ekonomi di atas tanah saka mereka dapat direalisasikan.



               ii.  Penentuan persempadanan
                       Cabaran seterusnya pewartaan tanah saka dalam suku kaum Temiar di Kelantan adalah masalah
               penentuan sempadan tanah. Terdapat beberapa masalah percanggahan dalam dalam kalangan Orang Asli
               dengan pihak agensi untuk menentukan sempadan Tanah Rizab Orang Asli. Disebabkan percanggahan yang
               berlaku telah menyebabkan proses yang sepatutnya dilaksanakan terpaksa ditangguhkan kerana tidak ada
               keputusan yang sama-sama menang. Kenyataan ini dinyatakan oleh seorang Informan 32:


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1004
   1012   1013   1014   1015   1016   1017   1018   1019   1020   1021   1022