Page 1012 - Proceedings Collega2023
P. 1012
Menurut Ramle (2014) lagi kebergantungan kepada alam semula jadi dalam masyarakat Orang Asli
khususnya suku kaum Semaq Beri boleh dikategorikan kepada tiga aktiviti ekonomi iaitu berasaskan hutan
rimba, sungai dan tanah pertanian. Manakala Endicott (1979) pula menyatakan hubungan Orang Asli
khususnya suku kaum Bateq dengan alam semula jadi ini sangat berkait dengan setiap aktiviti kehidupan
mereka terutama berkaitan dengan kepercayaan dan sumber keperluan harian terutama aktiviti
mengumpul dan memburu. Kajian Gomes (1986) dan Dentan (1968) juga cenderung menunjukkan kaitan
yang rapat antara aktiviti ekonomi Orang Asli suku kaum Semai dengan tanah. Dijelaskan bahawa suku kaum
Semai menjalani pelbagai aktiviti ekonomi dalam kawasan hutan di sekitar petempatan seperti mencari
rotan, gaharu dan buah-buahan. Orang Asli terutama lelaki menjadikan hasil tanah untuk memperolehi
sumber pendapatan seperti gaharu, rotan, padi huma dan produk hutan untuk menyara keluarga. Begitu
juga dengan suku kaum Temiar, menurut Hasan Mat Nor (1996) dan Ramle et al (2020) menjelaskan tanah
merupakan sumber yang sangat penting kepada kehidupan Orang Asli bukan sahaja sebagai petempatan,
tetapi kerana punca utama kehidupan mereka yang kini tidak lagi bergantung kepada mengumpul hasil
hutan semata-mata sebaliknya kini mereka sangat bergantung kepada pertanian khususnya tanaman getah.
Pekerjaan dengan mengusahakan tanah pertanian kini antara pekerjaan utama bagi masyarakat Orang Asli
khususnya suku kaum Temiar untuk mendapatkan sumber pendapatan utama, manakala pekerjaan
mengumpul hasil hutan merupakan pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan Ramle et al (2020).
Jelasnya penulisan dalam konteks hubungan sinonim masyarakat Orang Asli dengan tanah sehingga
kini bukan sesuatu yang baru dan sehingga kini kebergantungan tersebut masih lagi wujud dan tinggi. Cuma
beberapa perubahan aktiviti bagi sebahagian kaum Orang Asli yang mungkin dahulunya mengfokuskan
kepada aktiviti mengumpul dan memburu di hutan tetapi sekarang sudah mengfokuskan kepada pertanian
komersial di atas tanah saka atau tanah yang baru diteroka. Sehubungan itu, perhubungan Orang Asli dan
tanah ini dilihat sangat rapat dan ini menunjukkan bahawa tanah merupakan elemen penting dalam hidup
Orang Asli. Sekiranya hak mereka kepada tanah dinafikan maka kehidupan Orang Asli akan dibelenggu
masalah terutama kemiskinan dan pengiktirafan identiti.
Akta Orang Asli 1954 Semakan 1974
Menurut Hasan Mat Nor (1996), Zainal Abidin Ali (2003), Zainal Zulhilmi & Seow (2013) Vijeyasri
Ramesh dan Mazliza Mohamad (2017), dan Zainal Zulhilmi (2015) menyatakan budi bicara mewartakan
kawasan Orang Asli sebagai kawasan rizab terletak pada bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang
termaktub dalam perkara 7(1) Akta 134. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri hendaklah memainkan peranan
dalam mewartakan tanah saka Orang Asli supaya kelestarian dan hak Orang Asli terpelihara. Selain itu juga,
dalam Perkara 7(3) dalam Akta 134 memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk membatalkan kesemua
atau sebahagian atau mengubah mana-mana perisytiharan mengenai rizab Orang Asli yang telah dibuat
(Hassan Mat Nor 1996; Zainal Abidin Ali 2003; Zainal Zulhilmi & Seow 2013; Vijeyasri Ramesh dan Mazliza
Mohamad 2017; dan Zainal Zulhilmi 2015). Berikutan bidang kuasa tanah adalah dibawah kuasa negeri,
budi bicara, toleransi dan rundingan hendaklah diutamakan supaya kedua-dua pihak sama-sama mendapat
manfaat daripada pewartaan tanah rizab atau pembatalan sesuatu kawasan rizab Orang Asli Ramle et al
(2020). Selain itu menurut Hassan Mat Nor (1991,1996), Zainal Zulhilmi & Seow (2013); Rohaida, et al
(2013); Azima et al (2016) menyatakan salah satu aspek yang menjadi masalah untuk membangunkan Orang
Asli dilihat berpunca daripada Akta 134 yang telah digubal sejak zaman penjajah sebagai satu usaha untuk
melindungi Orang Asli daripada pengaruh permodenan di samping mengalakkan dan mengekalkan amalan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 999

