Page 1020 - Proceedings Collega2023
P. 1020
untuk pewartaan rizab. Jadi kalau ikut yang Kerajaan Negeri nak buat bagi hak milik memang kena
ukur halus (lot) yang sememangnya kos lagi mahal.”
Selain itu, hasil kajian juga menunjukan kekangan kewangan ini juga melibatkan Orang Asli sendiri
yang mana untuk menjelaskan bayaran premium tanah dan cukai tanah sekiranya mereka diberi tanah hak
milik. Kenyataan ini turut dinyatakan Informan 32 yang menyatakan seperti berikut:
“Yang kedua kenapa tidak memberi milik melibatkan pembayaran premium, sesiapa yang nak
dapatkan tanah dia kena bayar premium masa nak dapat tanah bila dah dapat hak milik dia masih
lagi kena bayar cukai tanah. Sebab sumber kerajaan negeri hasil daripada cukai tanah. Pergi
manapun dalam negeri di semenanjung Malaysia ini, sumber pendapatan negeri antaranya adalah
cukai tanah. Jadi kalau kita nak kaitkan dengan kehidupan Orang Asli ini, adakah dia mampu nak
bayar semua itu. Kita tengok komitmen yang sekarang inilah yang mereka perlu tanggung macam bil
eletrik, kami pun tak pastilah mereka sememangnya betul-betul tidak mampu nak bayar ke atau
memang tidak mahu bayar. Tapi isunya jika kita beri hak milik tanah siapa yang nak bayar cukai tanah
itu nanti.”
Rumusan daripada dapatan ini menunjukan agensi pelaksana berhadapan dengan peruntukan yang
tidak banyak untuk mewartakan tanah dalam tempoh yang singkat kerana perlu melalui banyak proses
pelaksanana. Oleh itu, untuk kekangan kewangan ini kedua-dua pihak hendaklah sama-sama berganding
bahu untuk sama-sama memikul beban bagi mengatasi isu ini secara bersama.
v. Ketidakstabilan Politik
Kaum Orang Asli di Kelantan merupakan antara kaum yang menjadi mangsa ketidakstabilan politik
secara langsung dan tidak langsung semenjak dari tahun 1990-an hingga sekarang. Oleh kerana disebabkan
ketidakstabilan politik, usaha pewartaan tanah tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang cepat kerana
tidak dapat capai kata sepakat dalam hal politik dan sistem urus tadbir pemerintahan. Kenyataan ini
dinyatakan oleh seorang Informan 32:
“Dalam hal pewartaan tanah ini kalau kita balik pada kisah lalu sebenarnya kenapa proses pewartaan
ini lambat adalah kerana masalah ketidakstabilan politik sebenarnya sejak dari dahulu lagi antara
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam hal ehwal
pentadbiran tanah manakala Kerajaan persekutuan pula ada kuasa bahagian urus tadbir hal ehwal
Orang Asli dibawah JAKOA. Jadi bila dua-dua pihak ini tidak selari macam mana masalah hendak
selesai. Yang menjadi mangsa dalam isu ini Orang Asli atau rakyatlah. Saya bukan nak menyalahkan
mana-mana parti, tapi hakikat sebenarnya mana-mana parti yang memerintah sepatutnya mereka
sama-sama duduk berbincang cari jalan penyelesaian dalam isu pewartaan tanah Orang Asli ini. Ini
tidak semua pihak nak salahkan jabatan tidak buat kerja dan sebagainya. Tapi hakikat yang
menyebabkan pewartaan ini lambat adalah disebabkan masalah politik yang tidak berkesudahan.”
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1007

