Page 1014 - Proceedings Collega2023
P. 1014
Menurut Ramle et al (2020) menyatakan konflik tanah yang berlaku antara Orang Asli dengan pihak luar
yang terkini melibatkan aktiviti pembalakan, projek pembangunan dan perladangan yang telah
memusnahkan ekologi dan menyebabkan kemusnahan alam semula jadi yang juga petempatan Orang Asli.
Disebabkan ketiadaan pengiktirafan kepada hak tanah saka menyebabkan pihak luar bebas memasuki tanah
mereka Ramle et al (2020). Kebiasaannya dengan tiadanya pengiktirafan terhadap tanah adat telah
menyebabkan aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya pembalakan memasuki kawasan tanah adat komuniti
peribumi (Madeline Henry Luyan dan Gaim James Lunkapis, 2016). Hal ini telah menyebabkan ratusan-ribu
hektar tanah saka masyarakat Orang Asli dan peribumi terjejas akibat aktiviti pembalakan oleh syarikat-
syarikat swasta yang masih beroperasi dengan pesat bukan sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia bahkan
sehingga ke Sabah dan Sarawak (Azima Abdul Manaf et al, 2015). Hal ini menimbulkan konflik dan banyak
masalah serta sekaligus mengancam kehidupan masyarakat Orang Asli dan peribumi yang bergantung
kepada sumber-sumber hutan untuk kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dibincangkan, pengkaji melihat konflik-konflik yang
berlaku terhadap pemilik tanah adat atau tanah saka adalah bermula dengan disebabkan wujud jurang
makna dalam konteks pemilikan dan persempadanan seterusnya menyebabkan pemilikan tanah tidak
diiktiraf dan tidak mempunyai dokumen pengiktirafan formal seperti geran tanah. Disebabkan hal itu, hak-
hak sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik komuniti adat terjejas kerana tanah adat mudah terdedah
dengan pelbagai jenis ancaman seperti pencerobohan, pengambilan balik tanah dan pengeksploitasian
(Azima Abdul Manaf et al, 2015).
Lokasi Kajian
Tumpuan lokasi kajian ini melibatkan 14 pos petempatan suku kaum Temiar di Gua Musang
Kelantan. Pemilihan suku kaum Temiar di Gua Musang Kelantan sebagai sampel kajian kerana suku kaum ini
merupakan kaum Orang Asli yang paling ramai di negeri Kelantan yang tinggal di kawasan hutan berbukit di
pedalaman. Suku kaum ini dipercayai telah tinggal menetap Gua Musang Kelantan sebelum tahun 1950-an
lagi. Mereka sangat percaya Gua Cha di Pos Tohoi dan Sungai Ber di Pos Hendrop merupakan antara
petempatan awal bagi suku kaum Temiar di Kelantan. Secara rasionalnya pengkaji memilih suku kaum
Temiar di Gua Musang Kelantan adalah kerana isu pewartaan tanah dan tuntutan hak milik tanah dalam
suku kaum Temiar bukan satu isu yang baru bermula. Isu ini sebenarnya telah bermula pada awal tahun
2000 sehingga kini belum lagi selesai. Di Kelantan terdapat 119 kampung Orang Asli yang terdiri daripada
suku kaum Temiar, Bateq, Mendriq dan Jahai yang perlu diwartakan. Namun berdasarkan data JAKOA (2019)
sebanyak 15 buah kampung telah diwartakan dibawah Kanun Tanah Negeri (KTN), 22 buah kampung baru
sahaja diluluskan untuk diwartakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), 56 kampung masih lagi
dalam permohonan dan 30 kampung lagi belum diangkat permohonan. Disini menunjukkan proses
pewartaan yang dilaksanakan agak lambat dan mengambil masa yang sangat lama. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mendapati terdapat kekangan dan cabaran di pihak agensi pelaksana mahupun kaum Orang Asli
khususnya suku kaum Temiar untuk menyelesaikan masalah ini. Berikut adalah peta lokasi petempatan
kaum Orang Asli diseluruh negeri Kelantan.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1001

