Page 1018 - Proceedings Collega2023
P. 1018
“Kami dipihak pelaksana sebenarnya sudah buat kerja sehabis baik dah, tapi disebabkan ada
kekangan macam kita dah siap ukur sempadan, ada pihak dalam kalangan Orang Asli yang bantah
kata kami ukur salah, kawasan dia sepatutnya luas lagi tapi bila kita rujuk dengan pihak Pejabat Tanah
dan Galian (PTG) kawasan yang dia orang tuntut itu dah ada pemilik atau termasuk dalam tanah rizab
hutan simpan atau taman negara. Jadi kami terpaksa tangguhkan dahulu warta kampung-kampung
yang ada isu percanggahan sempadan ini sebab kami perlu lapor dan rujuk dengan pengarah untuk
membincangkan masalah ini dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG).”
Selain itu juga disebabkan berlakunya pertindihan tanah milik dengan tanah rizab yang lain dan hak
milik individu juga antara punca pewartaan tanah rizab Orang Asli tidak dapat dilaksanakan dengan cepat.
Kenyataan ini diceritakan oleh seorang Informan 33:
“Antara sebab lain yang menyebabkan proses pewartaan ini lambat adalah kerana masalah
berlakunya pertindihan tanah milik Orang Asli dengan tanah-tanah rizab yang lain dan juga tanah
hak milik individu lain. Proses ini biasanya berlaku selepas kita siap ukur, bila mana kita hantar ke
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk semakan permohonan pewartaan. Semasa itu, pihak Pejabat
Tanah dan Galian (PTG) akan semak dan jika berlaku pertindihan milikan tanah pihak Pejabat Tanah
dan Galian (PTG) minta kita (JAKOA) ukur balik dan ubah pelan balik. Jadi disebabkan itu kami kena
berunding dengan pihak Orang Asli dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mencapai kata
sepakat. Jika mana-mana pihak tidak setuju maka proses pewartaan akan terpaksa ditangguhkan
sehingga titik kesepakatan itu dimuktamadkan.”
Rumusan daripada hasil dapatan ini menunjukkan kesepakatan perlu dicapai dalam memastikan
setiap keputusan pewartaan dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Sekiranya ada pihak yang masih lagi
berkeras maka tidak mustahil isu pewartaan tanah ini tidak dapat dilaksanakan dan ianya akan bertangguh
lagi dan mungkin akan lebih merumit disebabkan pertambahan populasi Orang Asli pada masa akan datang.
iii. Kekurangan Aksessibiliti
Cabaran pewartaan tanah saka suku kaum Temiar di Kelantan turut dikaitkan dengan masalah
kekurangan aksessibiliti. Kekurangan aksessibiliti melibatkan petempatan yang sangat jauh di pedalaman
hutan sehingga ada petempatan yang tiada atau kekurangan jalan perhubungan yang baik dan merupakan
antara sebab masalah pewartaan ini lambat untuk diselesaikan. Kenyataan ini dinyatakan oleh Informan 34
seperti berikut:
“Tugas mengukur tanah rizab Orang Asli ini kita kena hadap banyak cabaran. Ini pengalaman sayalah.
Kami kena masuk ke setiap pos untuk pergi ukur tanah dan setiap pos itu ada banyak kampung-
kampung kecil dan serpihan pulak. Kalau Pos yang berdekatan dengan jalan utama cabarannya pun
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1005

