Page 1019 - Proceedings Collega2023
P. 1019
dah teruk nak kena redah semak samun, hutan dan bukit inikan pula di pos-pos di pedalaman. Kita
nak kena masuk jauh ke dalam pedalaman hutan dan buat sempadan. Memang nak kena naik 4x4
baru boleh sampai ke pos yang kita nak ukur. Biasa kalau pergi pagi mungkin sampai petang atau
hampir malam. Itupun kalau jalan okay. Kalau jalan tidak okay sebab hujan tiba-tiba, kami kena
bermalam dulu di mana-mana dalam hutan dan esok baru sambung gerak ke kampung. Biasa kalau
pos di pedalaman ini kita masuk duduk lama jugalah dalam kampung Orang Asli untuk siap ukur satu-
satu kawasan petempatan Orang Asli ini.”
Selain itu terdapat juga informan menyatakan petempatan mereka kekurangan aksessibiliti adalah
berpunca daripada pewartaan tanah Orang Asli yang lambat diwartakan. Kenyataan ini dinyatakan oleh
informan 8 seperti berikut:
“Disebabkan isu pewartaan tanah rizab tidak selesailah kami masih lagi tidak dapat merasai
pembangunan yang lebih baik. Sebab apa saya kata begitu, macam mana jalan raya, eletrik, air paip
dan pembangunan lain hendak dibuat jika tanah yang kita tinggal ini tidak iktiraf siapa pemiliknya.
Bagi saya, sebab itu penting warta tanah rizab Orang Asli ini cepat-cepat supaya kami dapat manfaat
yang sama dengan kaum lain dalam pembangunan ekonomi dan kemudahan infrastruktur.”
Rumusan untuk dapatan ini menunjukan pewartaan tanah ini adalah penting untuk memastikan
kemudahan dan pembangunan dapat dibina di setiap petempatan Orang Asli tanpa ada halangan. Justeru
usaha pewartaan ini hendaklah disegerakan untuk memastikan tanah mereka diiktiraf dan Orang Asli dapat
berkembang maju dan mendapat manfaat yang sama seperti kaum-kaum lain di Malaysia.
iv. Kekangan Kewangan
Pengurusan tadbir tanah Orang Asli di Malaysia diurus tadbir oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli
dibawah kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Berdasarkan hasil kajian mendapati dalam urus tadbir
tanah Orang Asli di Malaysia terdapat kekangan kewangan oleh pihak agensi dalam melaksanakan
pewartaan tanah Orang Asli termasuklah suku kaum Temiar. Kenyataan ini dinyatakan oleh seorang
Informan 33 seperti berikut:
“Sebenarnya, isu pewartaan tanah Orang Asli bermasalah antara sebab utamanya adalah disebabkan
kekangan kewangan. Urusan pewartaan ini melibatkan banyak kawasan yang perlu diukur. Urusan
pengukuran tanah ini pihak jabatan perlu bayar kepada juruukur setiap kerja-kerja ukur di mana-
mana kampung Orang Asli yang hendak di warta. Sebab kos ukur ini adalah melibatkan kos yang
tinggi. Biasanya kos untuk ukur satu-satu kampung dalam RM500,000 hingga RM1,000000 itu kalau
ukur ikut pekeliling hak miliklah. Tapi disebabkan banyak bantahan tak nak hak milik sebab banyak
masalah Orang Asli di Kelantan lebih berminat untuk ukur parameter iaitu lebih pada rizab. Kalau
ukur parameter ini murah sikitlah berbanding ukur halus (lot) ini. Jadi kita ukur parameter (keliling)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1006

