Page 1021 - Proceedings Collega2023
P. 1021
Justeru, rumusan dapat ini, semua pihak terutama pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan
Negeri sepatutnya perlu mengutamakan agenda membantu menyelesaikan masalah rakyat khususnya
masyarakat Orang Asli. Dengan wujudnya kerjasama daripada kedua-dua pihak bukan sahaja dapat
membantu menyelesaikan masalah pewartaan tanah bahkan dapat mengharmonikan masyarakat daripada
perbalahan dan persengketaan.
vi. Karenah birokrasi
Birokrasi merujuk kepada satu sistem pentadbiran dan pengurusan yang mempunyai pelbagai
peringkat atau proses, sering kali dikaitkan dengan pelbagai karenah dan peraturan. Birokrasi dalam
organisasi selalunya menjadikan suatu perkara itu perlu melalui proses atau prosedur yang kompleks dan
berlapis, akibatnya keputusan lambat dibuat. Hal ini boleh menimbulkan keresahan atau ketidakpuasan
seseorang khususnya apabila keputusan tidak memihak kepadanya. Bagi isu pewartaan tanah suku kaum
Temiar di Kelantan ini, pengkaji mendapati terdapat cabaran dari sudut karenah birokrasi yang melibatkan
banyak proses dan peringkat prosedur yang perlu dilalui oleh sesuatu permohonan untuk satu Tanah Rizab
Orang Asli (TROA) yang ingin diwartakan. Kenyataan ini dinyatakan oleh seorang Informan 33 yang
menyatakan seperti berikut:
“Kenapa masalah perwartaan tanah rizab Orang Asli ini lambat sebabnya kita perlu melalui banyak
peringkat atau gerak kerja sebelum warta. Apa yang saya boleh cerita secara ringkasnya, sebelum
kita hendak angkat permohonan sesuatu pos atau kampung Orang Asli ini kita perlu upah juru ukur
untuk pergi ke kampung dan buat ukuran keliling untuk buat sempadan. Kita buat ukuran keliling
sebab Orang Asli yang nak tanah mereka diukur dalam berkelompok dan diwartakan dibawah Tanah
Rizab Orang Asli (TROA). Satu lagi ukur keliling ini kos dia lebih murah berbanding ukur halus (lot).
Kemudian selepas ukur kita akan hantar permohonan ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk buat
semakan pengesahan. Disini lama kami menunggu keputusan biasanya berbulan-bulan juga. Biasa
kalau lulus tidak lamalah menunggu. Tapi sekiranya ada berlaku kesalahan ukuran atau pertindihan
dengan tanah orang lain semasa ukur itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan serah balik kepada
kita permohonan dan perlu pinda pelan itu dan suruh kita baiki dan buat ukur sempadan balik
dengan pelan baru. Setakat tanah rizab yang sudah warta sebelum ini sememangnya tidak ada
masalah pertindihan dan isu bantahan. Jadi sekira ada isu pertindihan dan isu bantahan kami
perlukan masa untuk selesaikan hal itu. Kakitangan kita pun tidak ramai, cuba bayangkan di Kelantan
kita ada lebih kurang 18 buah pos dan setiap pos itu ada banyak kampung-kampung serpihan di
dalamnya. Memang ambil masa untuk selesai. Jadi selepas kita siap baiki semua kita akan hantar
balik ke pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Sekiranya lulus, barulah di angkat ke lapisan atas
seterusnya untuk dibincangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pula untuk beri
kelulusan boleh warta atau tidak tanah. Selepas lulus dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
pula inilah baru kita isytihar status tanah ini lulus sebagai Tanah Rizab Orang Asli (TROA). Ini secara
ringkas sahaja penerangan saya, tapi hakikat sebenarnya proses pewartaan ini sememangnya perlu
ambil masa yang lama sebab banyak gerak kerja dan perbincangan yang perlu dibuat oleh Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum MMKN luluskan Tanah
Rizab Orang Asli (TROA).”
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1008

