Page 1015 - Proceedings Collega2023
P. 1015

Rajah 1: Peta Petempatan Orang Asli di Kelantan



































                                                    Sumber: Ramle (2020)

               Metod Kajian

                       Kajian  ini  akan  membincangakan  tentang  cabara  pewartaan  tanah  saka  suku  kaum  Temiar  di
               Kelantan. Bagi menjelaskan isu berkenaan satu kaedah telah dipilih untuk pengkaji mendapatkan data iaitu
               dengan menggunakan kaedah kualitatif. Penggunaan kaedah kajian kualitatif dalam kajian ini begitu sesuai
               kerana membantu pengkaji memperoleh data secara menyeluruh, lebih tepat, jelas dan membolehkan
               pengkaji membuat deskriptif berhubung aspek-aspek yang dikaji (Ramle, 2001). Pendekatan etnografi yang
               memerlukan  kerja  lapangan  dalam  satu  tempoh  yang  agak  panjang  diperlukan  dalam  usaha  untuk
               memahami  dan  meneroka  situasi  yang  sebenar  supaya  mendapat  gambaran  yang  jelas  berhubung
               fenomena yang dikaji. Pengkaji mengambil tempoh selama 12 bulan untuk melengkapkan proses kerja
               lapangan.
                       Menurut  Creswell  (2000),  etnografi  merupakan  bentuk  kajian  kualitatif  untuk  menerangkan,
               menganalisa  dan  menginterpretasi  bentuk  "culture-sharing"  sesuatu  kumpulan  atau  komuniti  seperti
               tingkah  laku,  kepercayaan,  bahasa,  ekonomi,  struktur  politik,  interaksi,  kehidupan  dan  gaya  dalam
               perhubungan.  Justeru,  pendekatan  etnografi  ini  sangat  membantu  pengkaji  dalam  memberi gambaran
               sebenar  tentang  cabaran  yang  dihadapi  oleh  suku  kaum  Temiar.  Pengkaji  telah  meluangkan  masa  di
               lapangan bagi melaksanakan aktiviti berinteraksi dan menemubual, memerhati serta dalam aktiviti mereka
               dan  mendokumentasi  dengan  terperinci  bagi  mendapat  maklumat  tepat  serta  memahaminya.  Tujuan
               utama melaksanakan kerja lapangan adalah untuk mendapatkan data primer sebagai data utama, manakala
               data sekunder pula dikumpul melalui pelbagai dokumen sebagai sokongan kepada data primer. Sepanjang



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1002
   1010   1011   1012   1013   1014   1015   1016   1017   1018   1019   1020