Page 1016 - Proceedings Collega2023
P. 1016

kerja lapangan dilaksanakan pendekatan etnografi digunakan sebagai satu proses untuk mengumpul data
               daripada beberapa individu penduduk kampung yang terdiri daripada penghulu, pengerusi JPKKOA, ahli
               JPKKOA, pegawai JAKOA, guru PENGERAK, Guru Agama Orang Asli (GAOA), dan beberapa orang penduduk
               setempat. Seramai 37 orang informan yang terlibat dalam perkongsian maklumat dalam kajian ini.

                       Sepanjang kajian dijalankan data berjaya dikumpul melalui teknik temu bual, dan pemerhatian ikut
               serta. Teknik temu bual adalah merupakan teknik pengumpulan data utama dalam kajian ini. Melalui teknik
               ini, pengkaji telah melaksanakan banyak siri temu bual bersama masyarakat setempat khususnya melibatkan
               pemimpin setempat terutama Penghulu, Pengerusi JPKKOA, penduduk tempatan (golongan tua) dan agensi
               pelaksana.  Melalui  teknik  ini,  pengkaji  memperolehi  maklumat  secara  terperinci  berkaitan  cabaran
               pewartaan tanah saka dalam suku kaum Temiar. Pengkaji juga mengumpul data dengan teknik pemerhatian
               ikut serta. Sepanjang kajian pengkaji telah memerhati dan menyertai aktiviti seperti kegiatan ekonomi dan
               kegiatan  harian  masyarakat  setempat  bagi  tujuan  memperolehi  data  yang terperinci  dan tepat.  Teknik
               pengumpulan data melalui analisis dokumen juga turut digunakan bagi membantu pengkaji dalam memberi
               gambaran dan pemahaman awal terhadap isu yang sedang dikaji. Maklumat yang diperolehi melalui temu
               bual dan pemerhatian ikut serta adalah merupakan maklumat asas kepada kajian ini. Semua maklumat yang
               dikumpul sama ada melalui tiga teknik tersebut akan di analisis bagi memperoleh gambaran lengkap tenang
               fenomena  yang  dikaji.  Data  tersebut  akan  dianalisis  menggunakan  perisian  NViVO  12  dengan  melalui
               beberapa proses iaitu, transkripsi, organisasi data, pelaziman, tema, koding, trangulasi dan laporan.



               Dapatan Kajian

                       Hasil kajian menunjukan terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi proses pewartaan
               tanah rizab Orang Asli suku kaum Temiar di Kelantan. Dapatan tersebut adalah seperti berikut:



               i.   Perundangan
                       Berdasarkan kajian dokumen menunjukkan proses perwartaan tanah Orang Asli telah digubal di
               dalam Akta 134 pada tahun 1954 dan disemak pada 1974. Semenjak diwujudkan akta ini dilihat wujudnya
               beberapa  kekurangan  dalam  mengaplikasikan  seksyen  yang  ada  dalam  akta  ini  terutama  berkaitan
               pewartaan rizab tanah. Kenyataan ini dinyatakan oleh seorang Informan 33 seperti berikut:



                  “Sebenarnya di Kelantan ini istimewa sebenarnya. Kerajaan negeri tidak menjadi masalah untuk
                  mewartakan tanah kepada Orang Asli. Cumanya yang pertama adalah kekangan undang-undang
                  contoh sememangnya menjadi satu kesalahan bila di rizab tanah sedia ada dibawah Akta 134. Ini
                  kerana Enakmen Tanah Kelantan 1938 menyatakan kesemua tanah di Kelantan dirizabkan dibawah
                  Tanah Rizab Melayu. “Manakala Akta 134 mula digubal pada tahun 1954. Ini menunjukkan undang-
                  undang Enakmen Tanah Kelantan lebih lama dan Akta 134 tidak boleh mengatasi enakmen tersebut.
                  Bahasa mudah untuk kita faham di Kelantan kuasa memberi hak milik dan mewarta tanah ini adalah
                  bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Cuma apa yang cuba dibuat oleh Kerajaan Negeri sebenarnya
                  ada keluar pekeliling hendak bagi hak milik tanah kepada Orang Asli dalam Dasar pemberian hak
                  milik 2016 tak silap saya. Tapi masalahnya sebahagian Orang Asli sendiri tak setuju diberi hak milik.
                  Sebab yang pertamanya jika diberi hak milik tanah itu Orang Asli boleh  jual tanah itu. Jadi ada


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1003
   1011   1012   1013   1014   1015   1016   1017   1018   1019   1020   1021