Page 1011 - Proceedings Collega2023
P. 1011

(2014). Seterusnya kaum Melayu Proto pula terdiri daripada suku kaum Jakun, Semelai, Temuan, Orang
               Kanak, Orang Seletar dan Orang Kuala (Carey, 1976). Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA (2022)
               jumlah  keseluruhan  masyarakat  Orang  Asli  di  Semenanjung  Malaysia  sehingga  tahun  2022  berjumlah
               209,575.  Komposisi  penduduk  mengikut  kaum  adalah,  kaum  Negrito  seramai    6,322  orang  (3.02%),
               kumpulan  kaum  Senoi  seramai  115,712  orang  (55.21%),  dan  kumpulan  kaum  Melayu  Proto  seramai
               87,541orang (41.77%). Keseluruhan mereka tinggal di 852 buah perkampungan Orang Asli di seluruh negeri
               di Semenanjung Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Perlis (JAKOA, 2022). Namun, perangkaan pada tahun
               2022  menunjukkan  jumlah  penduduk  telah  bertambah  daripada  tahun  sebelumnya.  Secara  ringkasnya
               kaum dan suku kaum Orang Asli di Malaysia dapat ditunjukkan melalui Jadual 1.



               Jadual 1: Kaum dan  Populasi Orang Asli di Malaysia

                                                     Kaum                           Jumlah
                                    Negrito          Senoi        Melayu Proto
                                                                                   209,575
                                    6,322           115,712         87,541


               Sumber: JAKOA (2022)



               Tanah dan Orang Asli
                       Tanah dan Orang Asli merupakan suatu yang saling berkait dengan kehidupan masyarakat Orang
               Asli. Menurut Ramle (2014) perhubungan Orang Asli dengan alam semula jadi dan tanah adalah sangat
               penting terutama dari aspek signifikan dan pergantungan hidup mereka. Sehingga kini terdapat beberapa
               pengkaji yang telah membincangkan isu pergantungan masyarakat berkenaan dengan persekitaran semula
               jadi terutama  tanah dan hutan  yang menjadi latar belakang sebahagian besar petempatan Orang Asli.
               Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan dengan alam semula jadi, di mana hubungan erat yang terjalin
               sejak  beratus  tahun  lalu  membolehkan  Orang  Asli  terus  hidup  dalam  lingkungan  yang  harmoni  dan
               menghormati alam semula jadi (Sahar Sa’di, 2020).

                       Menurut  Iqbal  Jumaat  (2020)  menyatakan  manusia  dan  alam  semula  jadi  saling  berkait  rapat,
               kerana dengan sumber alam semula jadi inilah manusia mampu untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.
               Seandainya, sumber alam semula jadi musnah kerana tindakan manusia yang tidak bertanggugjawab, ia
               akan memberi bencana yang buruk kepada kehidupan manusia Nik Nidzam (2020). Hubungan yang rapat
               ini dapat digambarkan dalam suku kaum Orang Asli di Malaysia. Perhubungan Orang Asli dan alam semula
               jadi adalah begitu sinonim kerana sejak dari dahulu masyarakat ini menetap dan menjalani kehidupan di
               hutan  dan  menggunakan  tanah  untuk    dijadikan  tempat  tinggal  dan  kawasan  pencarian  makanan,
               pendapatan dan pertanian bagi meneruskan hidup. Perhubungan ini merangkumi beberapa elemen iaitu
               tempat tinggal, kepercayaan, makanan, peralatan, perubatan dan pendapatan (Hairulnizam 2019). Menurut
               Ramle (2014) menyatakan Orang Asli adalah satu masyarakat yang bergantung hidup kepada hutan dan
               menjalani  kegiatan  ekonomi  berkisar  kepada  persekitaran  semula  jadi  seperti  mengumpul  hasil  hutan,
               memburu dan pertanian pindah. Manakala menurut Rambo (1979) dan Carey (1976) majoriti masyarakat
               Orang Asli di kawasan pendalaman menjadikan hubungan yang rapat dengan persekitaran alam semula jadi
               sebagai asas kepada kehidupan mereka.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 998
   1006   1007   1008   1009   1010   1011   1012   1013   1014   1015   1016