Page 1010 - Proceedings Collega2023
P. 1010

Pengenalan

                       Tanah merupakan aset penting kepada seluruh masyarakat di seluruh dunia bagi mendapat manfaat
               dari sudut keperluan harian untuk meneruskan kehidupan. Namun pengiktirafan kepada pemilikan dan hak
               kepada tanah ditentukan oleh perundangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengesahkan
               pemilikan  sesuatu  kawasan  atau  tanah.  Di  Malaysia  undang-undang  tanah  sememangnya  ditadbir
               berdasarkan sistem perundangan Malaysia. Perundangan berkenaan tanah terbahagi kepada tiga bahagian
               sistem pentadbiran iaitu Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 (yang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia),
               Kanun Tanah Sarawak 1958 (Bab 81) di negeri Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah 1930 (Bab 68) yang
               berkuasa di negeri Sabah sahaja. Pentadbiran tanah di Malaysia melalui Kanun Tanah Negara (KTN) adalah
               berdasarkan  perundangan  Sistem  Torrens  kecuali  negeri  Sabah.  Pentadbiran  ini  telah  memberi
               perlindungan  terhadap  pemilikan  tanah  di  Malaysia  dan  cenderung  dihormati.  Namun  pengaplikasian
               undang-undang  tersebut  adalah  kurang  dan  tidak  konsisten  serta  berubah-ubah  sehingga  sukar
               diimplementasikan mengikut perubahan yang berlaku.

                       Bahkan lebih teruk lagi telah mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan pemilik tanah tersebut
               berikutan  tujuan  penggubalan  Sistem  Torrens  pada  masa  dahulu  adalah  disebabkan  untuk  menjamin
               kepentingan ekonomi British. Antara konflik yang berlaku akibat daripada perubahan ini adalah konflik
               perebutan hak milik tanah adat atau tanah saka yang dimiliki oleh Orang Asli dan peribumi dengan pihak
               luar  seperti  pemaju  tanah,  syarikat  luar  (swasta)  dan  juga  kerajaan  dengan  penduduk  Orang  Asli  dan
               peribumi  yang  mendiami  kawasan  tersebut.  Berdasarkan  kepada  kajian  dokumen  menunjukan,
               pengaplikasian sistem perundangan dan pemberian hak kepada Orang Asli dalam pemilikan tanah dilihat
               masih belum cukup kukuh  dalam mempertahankan hak Orang Asli terhadap tanah saka (Ramle 2020).
               Walaupun kuasa perundangan berkaitan dengan tanah secara umumnya telah diambil alih oleh Kerajaan
               Persekutuan, kuasa pentadbiran tanah masih kekal di tangan kerajaan negeri. Seksyen 40 Kanun Tana Negara
               (KTN) secara jelas memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai hak ke atas semua
               tanah yang termasuk di dalam sempadan negeri masing-masing. Pihak Berkuasa Negeri (PBN) diberi kuasa
               untuk melupuskan tanah tersebut mengikut kaedah yang ditetapkan oleh undang-undang seperti Kanun
               Tanah Negara (KTN), Enakmen Perlombongan (Cap 147) dan Akta Perhutanan Negara (1984). Segala urusan
               pentadbiran yang berkaitan dengan tanah juga perlu dilakukan melalui kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
               Sehubungan dengan itu, di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) dan Akta 134 Orang Asli, kajian ini akan
               membincangkan cabaran yang dihadapi oleh suku kaum Temiar untuk mewartakan tanah saka mereka.



               Sorotan Literatur
                       Berdasarkan kajian dokumen, pengkaji telah mengenalpasti beberapa tema penting daripada kajian
               terdahulu sepertimana berikut:



               Orang Asli di Malaysia
                       Masyarakat peribumi Orang Asli di Semenanjung Malaysia boleh terbahagi kepada tiga kaum utama
               iaitu; Negrito, Senoi dan Melayu Proto (JAKOA, 2022). Setiap kaum ini mempunyai enam suku kaum; bagi
               kaum Negrito terdiri daripada suku kaum Batek, Lanoh, Jahai, Medrik, Kintak dan Kinsui. Manakala bagi
               kaum Senoi terdiri daripada suku kaum Temiar, Semai, Semaq Beri, Jah-Het, Mah Meri dan Che Wong Ramle


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 997
   1005   1006   1007   1008   1009   1010   1011   1012   1013   1014   1015