Page 980 - Proceedings Collega2023
P. 980
CABARAN PEWARTAAN TANAH SAKA ORANG ASLI SUKU KAUM
TEMIAR DI GUA MUSANG KELANTAN
1
1
1
Hairulnizam bin Mohd Khori , Mohamad Hafis bin Amat Simin* , Mohamad Asmawi bin Ibrahim dan
2
Abdullah bin Ibrahim
Hairulnizambinmohdkhori@gmail.com, mohamadhafis@unisza.edu.my,
asmawiibrahim@unisza.edu.my, abdullahibrahim@unisza.edu.my
1 Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin
2 Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin
Abstrak
Tanah Rizab Orang Asli di Semenanjung Malaysia adalah hak yang diiktiraf oleh perundangan
Malaysia melalui amalan adat resam suku kaum Orang Asli. Perundangan tersebut terletak dibawah Akta
134 Orang Asli bermula dari seksyen 6 hingga ke seksyen 15 dan seksyen 19. Namun begitu, sistem
perundangan tersebut dilihat menghadapi pelbagai cabaran untuk diaplikasikan di seluruh petempatan
Orang Asli khususnya suku kuam Temiar di Gua Musang Kelantan. Objektif: Berdasarkan permasalahan
tersebut, pengkaji berusaha mengenalpasti cabaran yang dihadapi sama ada daripada pihak suku kaum
Temiar dan juga pihak pelaksana bagi mendapat pewartaan rizab tanah Orang Asli. Metod: Kaedah kualitatif
dengan pendekatan etnografi melalui kerja lapangan telah dilaksanakan di 14 Pos suku kaum Temiar di Gua
Musang Kelantan. Teknik temubual, pemerhatian ikut serta dan kajian dokumen turut digunakan untuk
mendapatkan data primer dan data sekunder. Data yang telah berjaya dikumpul akan dianalisis dengan
perisian NVivo 12 dengan melalui beberapa proses iaitu transkripsi, organisasi data, pelaziman, tema,
koding, trangulasi dan laporan. Dapatan: Hasil daripada kajian ini menunjukkan terdapat bukti beberapa
cabaran perlu dilalui oleh pihak pelaksana dan juga penduduk setempat untuk mewartakan tanah saka
mereka kepada Tanah Rizab Orang Asli. Hasil kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi meliputi elemen
perundangan, persempadanan, kekeliruan informasi, tuntutan yang tidak munasabah, kekangan kewangan
dan karenah birokrasi. Kesimpulan: Sehubungan dengan itu, pengkaji melihat cabaran ini boleh atasi
dengan berhemah melalui perbincangan dan rundingan. Dengan syarat semua pihak perlu bertolak ansur
dan memberikan kerjasama yang baik semasa proses perbincangan dan rundingan yang dibuat. Pengkaji
yakin dengan ada usaha yang baik yang sedemikian permasalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang
ditetapkan. Diharap hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pemegang taruh dan Orang Asli dalam
pengurusan tanah rizab Orang Asli.
Kata Kunci: Cabaran, perwartaan tanah, tanah rizab, Orang Asli
Pengenalan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 967 -

