Page 936 - Proceedings Collega2023
P. 936

kawasan yang masih boleh dijadikan tadahan air juga boleh menjadi kawasan lapang yang boleh digunakan
               oleh orang ramai yang melawat kawasan perlindungan budaya, Fort Rotterdam.

                       Menerusi  analisa  daripada  tiga  buah  tapak  warisan  yang  terkenal  ini,  faktor  kejayaan  yang
               menjadikan  tapak  warisan  ini  terkenal  adalah  hasil  daripada  pengurusan  yang  baik  menerusi  elemen
               fizikalnya, pelestarian dan pemulihan serta kemudahan infrastruktur yang lengkap yang disediakan. Hasil
               usaha ini amat penting supaya tapak warisan yang dijaga dapat dimanfaatkan tidak pada tapak itu sendiri
               sahaja,  malah  kepada  masyarakat  setempat  serta  orang  awam  juga.  Faktor  kejayaan  ini  seharusnya
               dijadikan sebagai contoh terbaik kepada tapak warisan di Malaysia supaya nilai seni dan estetika juga
               berupaya dikekalkan.

































































               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 923 -
   931   932   933   934   935   936   937   938   939   940   941