Page 935 - Proceedings Collega2023
P. 935

Fort Rotterdam

                                                  Gambar 3: Fort Rotterdam

                                                 Sumber: Wonderful Indonesia
















                       ort Rotterdam terletak di kampung Baru, mukim Ujung Pandang atau lebih tepatnya di Jalan Ujung
               Pandang Makassar, Sulawesi Selatan. Fort Rotterdam ini sangat mudah diakses kerana ia terletak di jalan
               yang dilalui oleh pengangkutan awam, dengan jarak 500-meter ke arah barat dari lapangan Karebosi.
               Benteng ini dibina pada tahun 1545 oleh Raja Gowa IX bernama I Manrigau Daeng Bonto Karaeng Lakiung
               Tumapa‘risi’  Kallona.  Pada  mulanya  kubu  ini  diperbuat  daripada  tanah  liat,  tetapi,  pada  zaman
               pemerintahan Raja Gowa XIV Sultan Alauddin, pembinaan ini telah ditukar kepada batu yang lebih kukuh
               yang  diperoleh  daripada  Pegunungan  Karst  di  daerah  Maros,  mempunyai  luas  28.595,55  m2  dengan
               jumlah keluasan bangunan adalah 11,805.85 m2. Bahagian dinding benteng ini yang paling tinggi adalah
               7m dan yang paling rendah adalah 5m, dengan ketebalan dinding 2m. Fort Rotterdam ini adalah berbentuk
               seperti penyu yang hendak merangkak ke dalam lautan.

                       Dari segi falsafah, bentuk benteng ini menerangkan bahawa penyu oleh hidup di darat atau di laut,
               sama seperti kerajaan Gowa yang juga berjaya di darat mahupun di laut. Gambaran keseluruhan dinding
               benteng ini adalah kehijauan lumut yang mula menutupi tembok tersebut. Masyarakat Gowa-Makassar
               juga  lebih  mengenali  benteng  ini  dengan  nama  Kubu  Ujung  Pandang.  Kerajaan  Gowa-Tallo  akhirnya
               menandatangani perjanjian Bongaya, di mana salah satunya adalah mewajibkan kerajaan Gowa untuk
               menyerahkan benteng ini kepada Belanda. Pada zaman Belanda menduduki kubu ini, nama Kubu Ujung
               Pandang telah ditukar kepada Fort Rotterdam. Cornelis Speelman sengaja memilih nama Fort Rotterdam
               untuk memperingati tempat kelahirannya di Belanda. Benteng ini kemudiannya digunakan oleh Belanda
               sebagai pusat penyimpanan rempah ratus di bahagian timur Indonesia (Chandra, 2013).
                       Menurut  kajian  Gani  (2019),  pembangunan  fizikal  yang  berlaku  di  tapak  warisan  budaya  Fort
               Rotterdam  yang  menyebabkan  pertambahan  perubahan  penggunaan  ruang  yang  tidak  sesuai  dengan
               fungsi kawasan tersebut sebagai kawawan warisan budaya untuk dikawal dan merancang penyusunan
               yang betul dan lebih baik serta memberi perhatian kepada tapak warisan budaya agar berfungsi dengan
               dengan lebih baik. Proses pemanfaatan ruang di tapak warisan ini juga dijalankan dengan pengezonan
               terlebih dahulu supaya ada zon teras yang ditetapkan ditutup untuk komersial, diikuti dengan zon reakrasi
               supaya  kualiti,  kapasiti  dan  daya  tamping  tapak  warisan  budaya  ini  dapat  dikekalkan.  Keadaan  ini
               menunjukkan perlunya peraturan dalam menetapkan garis panduan dan peraturan berkenaan bangunan
               yang tidak dibenarkan dibangunkan di kawasan pemuliharaan di mana tapak warisan diwujudkan supaya





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 922 -
   930   931   932   933   934   935   936   937   938   939   940