Page 938 - Proceedings Collega2023
P. 938
Hindu terukir pada dinding
candi
Fort Lokasi: Aktiviti komuniti Galeri seni
Rotterdam didominasi oleh penduduk
Dibina di pinggir pantai Balai Pelestarian Budaya
tempatan seperti
sebelah barat Kota
perdagangan, penempatan Gereja
Makassar, Sulawesi Selatan
dan pejabat.
Taman
Karakter fizikal:
Bentuk benteng
menyerupai penyu
ii. Isu dan halangan yang dihadapi oleh 4 buah muzium tempatan yang berada dalam tapak warisan
Muzium Johor Lama, Kota Tinggi
Gambar 4: Muzium Johor Lama
Sumber: Jabatan Muzium Malaysia
Muzium Kota Johor Lama merupakan sebuah muzium yang ditempatkan di bawah pentadbiran
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan). Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan
siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Muzium ini mula kepada umum pada bulan Oktober 2007.
Reka bentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional dan muzium ini merupakan satu-
satunya muzium yang dibangunkan secara ‘insitu’ di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting
dalam perkembangan sejarah negara.
Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk memberikan maklumat dan gambaran yang
lebih jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan
Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era
kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu
Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di
sepanjang Sungai Johor. Ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa segmen bermula
dengan pengenalan Kota Johor Lama sehinggalah kajian-kajian arkeologi yang telah dijalankan di dalam
kawasan kota ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 925 -

