Page 931 - Proceedings Collega2023
P. 931

peranna baharu buat pengarah muzium dalam meraih kehadiran pengunjung ke muzuim, dalam masa
               yang  sama  ianya  merupaan  cabarab  baru  buat  pengarah  muzium  yang  berfungsi  tradisional  kepada
               pengarah yang bersifat kontemporari.

                       Hamimi Omar et al. (2018) menjalankan kajian mengenai peranan muzium sebagai tarikan warisan
               budaya di Kota Kuala Kedah. Kajian ini mendapati bahawa proses pameran, komunikasi dan penyampaian
               kepada pengunjung tentang kepentingan tapak atau sumber yang mereka kunjungi adalah penting dalam
               memastikan kepuasan kepada mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa pihak pengurusan Muzium Kota
               Kuala  Kedah  seharusnya  sentiasa  bersedia  dalam  menghadapi  cabaran  pada  masa  hadapan  dengan
               mengamalkan pendekatan yang lebih mesra pengunjung di samping menjalankan pemuliharaan warisan
               secara berterusan.
               Strategi pengurusan

                       Muzium  juga  berperanan  sebagai  institusi  sosiobudaya  yang  merupakan  alat  dalam  memberi
               kesedaran dan kempen kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan kehidupan
               masyarakat  dan  persekitaran.  Justeru  itu,  muzium  perlu  mereka  bentuk  semula  identitinya  dengan
               memberi  tumpuan  kepeda  prinsip  demokrasi  dan  inklusif,  menjadikan  budaya,  etika  dan  sosial  serta
               berupaya memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan menjana nilai (Laura et al, 2014). Maka, bagi
               memastikan kelestarian jangka panjang di muzium dipelihara, perubahan radikal dalam pendekatan dan
               pengurusan adalah amat diperlukan.

                       Christian  Waltl  (2006),  melalui  penulisannya  berpendapat  bahawa  sesebuah  muzium  tanpa
               kehadiran pengunjung bakal menjadi seperti sebuah ruang yang tidak bermaya dan kosong tanpa fungsi.
               Dalam  membentuk  sesebuah  muzium  yang  berperanan  penting  dalam  meningkatkan  kehadiran
               pengunjungnya secara efisien dan berkesan, pihak muzium seharusnya memahami motivasi dan keperluan
               khalayak  yang  berbeza  segmen  dengan  mewujudkan  suasana  yang  menawarkan  kepelbagaian
               pengalaman.  Pengkaji  turut  menjelaskan  kepentingan  dalam  strategi  pengurusan  muzium  yang  dapat
               membantu meraih pengunjung bukan tugas daripada sebahagian jawatan sahaja malah semua kakitangan
               bertanggunggjawab dan memainkan peranan penting.
                       Amer  (2019)  menjalankan  kajian  mengenai  perancangan  pemasaran  sebagai  alat  untuk
               meningkatkan lawatan ke tapak warisan dan muzium. Beliau berpendapat bahawa tapak warisan atau
               muzium mungkin menyedari bahawa kadar penyertaan pengunjung dalam aktiviti yang berkaitan warisan,
               pengurusan tapak warisan atau muzium memerlukan aktiviti pemasaran khas yang kreatif. Beliau juga
               mendapati  bahawa  perancangan  pemasaran  warisan,  sebagai  alat  penting  untuk  menarik  minat  yang
               berminat dengan warisan, adalah kerjasama antara tapak warisan dan masyarakat bertukar-tukar sesuatu
               nilai untuk sesuatu yang mereka perlukan atau inginkan. Tambahan pula, ia bertujuan untuk memuaskan
               beberapa jangkaan dan motivasi pengunjung dan pada masa yang sama, menyampaikan ilmu warisan
               untuk generasi manusia yang akan datang.

                       Dalam usaha membantu muzium rantau ini untuk menahan tuntutan perubahan, selain terkait
               dengan masa kini, tapak warisan seharusnya diperkenalkan dengan fungsi atau aktiviti baharu. Sekiranya
               tapak warisan budaya hanya dipelihara tanpa suntikan fungsi dan aktiviti baru yang responsif kepada
               tuntutan keperluan hari ini, ia akan beransur-ansur musnah. Meskipun sehingga kini tapak warisan masih
               berfungsi bagi tujuan tertentu, namun tapak ini berkemungkinan tidak dapat menahan lagi akan cabaran
               masa hadapan. Fungsi baru berkait dengan sosial persekitaran perlu diperkenalkan dalam tapak warisan


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 918 -
   926   927   928   929   930   931   932   933   934   935   936