Page 933 - Proceedings Collega2023
P. 933
Borobudur
Gambar 1: Borobudur
Sumber: Indonesia Heritage Management
Dari segi latar belakang sejarah candi ini, Borobudur merupakan sebuah kuil Buddha yang terletak
di Boronudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Candi yang dibina ini terletak lebih kurang 100km di
sebelah barat daya Semarang, 86km di sebelah barat Surakarta dan 40km di sebelah barat laut Yogyakarta.
Candi ini berbentuk stupa (loceng) didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar abad
ke-8 Masihi pada masa pemerintahan Wangsa Syailendra. Borobudur merupakan candi atau kuil Buddha
teresar di dunia serta salah satu monument Buddha terbesar di dunia juga. Bagi pemilihan tapak untuk
pembinaan candi, sudah semestinya beberapa faktor harus dipertimbangkan secara rasional. Oleh kerana
ia dibina bertujuan sebagai sebuah kawasan perlindungan, persekitaran semula jadi menjadi faktor
penting iaitu ianya bukan sahaja perlu sesuai dari segi teknikal pelaksanaan projek sahaja, malah ia juga
penting supaya dapat menghadapi masalah keperluan asas keagamaan dan konsep metafizik. Oleh itu,
candi Borobudur ini dibina di kawasan yang sangat strategik dari segi geografinya di Pulau Jawa.
Sucithatiningsih (2020), dalam kajiannya mengenai strategi bagi pembangunan Borobudur, candi
Borobudur ini merupakan sebuah monumen terbesar bagi penganut agama Buddha. Bahan binaan yang
terdapat di dalam monumen tersebut adalah dibina dengan berpandukan kitab agama Buddha Mahayan.
Perkara ini termasuklah reka bentuk monumen, kedudukan stupa, proses pengubahsuaian yang berlaku,
pahatan relief dan juga menara-menaranya yang bersegi. Bukan sahaja menjadi sebagai pusat ibadat
agama Buddha terbesar di dunia, kewujudan Borobudur ini juga telah diperakui oleh UNESCO sebagai
tapak warisan dunia. Menerusi analisis SWOT, beliau beberapa strategi telah dilakukan oleh pengurusan
Borobudur dari segi pelestarian dan pemuliharaan termasuklah pembangunan insfrastruktur untuk
memudahkan akses ke sana, mengadakan persembahan kesenian dan mengoptimumkan promosi.
Dari segi kemudahan infrastruktur pula, kawasan candi Borobudur ini telah menyediakan peta
lawatan di lapangan terbang. Hal ini akan memudahkan para pelancong untuk membuat lawatan serta
dapat menarik minat pelancong secara tidak langsung dari seluruh dunia. Manakala dari segi elemen fizikal
(lokasi dan karakter fizikal), candi Borobudur ini terletak di kawasan yang berhampiran dengan lapangan
terbang antarabangsa. Perkara ini dapat memudahkan para pelancong yang datang untuk terus
berkunjung di tapak bersejarah ini. Kawasan berhampiran candi ini juga terdapat pelbagai kawasan
pelancongan yang lain yang menjadikan tempat ini juga dijadijakn sebagai salah satu destinasi
pelancongan yang wajib oleh pengunjung dari serata negara. Namun, meskipun kawasan ini telah
dibangunkan dengan pelbagai aktiviti pelancongan, kawasan sekitar candi Borobudur ini masih kelihatan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 920 -

