Page 941 - Proceedings Collega2023
P. 941

Rumah Kutai II, Tugu Lela Rentaka, Pentas Belotah, Tugu Peringatan Pahlawan Perak, Galeri Keris dan Galeri
               Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak.

                       Kompleks ini juga turut terdapatnya tugu peringatan J.W.W Birch yang dibangunkan oleh kerajaan
               Inggeris sekitar tahun 1900 bagi memperingati peristiwa pembunuhan Birch di Pasir Salak. Pengunjung
               bukan  sahaja  dapat  menyelusuri  sejarah  perjuangan  pahlawan  Melayu  dalam  menentang  penjajahan
               Inggeris malah dapat melihat keindahan estetika seni bina Melayu Perak yang merupakan salah satu antara
               mercu tanda bagi negeri ini. Bayaran masuk yang dikenakan oleh orang awam untuk memasuk kompleks
               ini  adalah  RM4.00  bagi  dewasa  dan  RM2.00  bagi  kanak-kanak  (7-12  tahun)  di  samping  beberapa
               kemudahan lain yang turut disediakan oleh pihak kompleks seperti tandas, surau dan kedai cenderamata.
               Antara  pihak  yang  terlibat  secara  langsung  dalam  mentadbir  dan  menyelenggara  muzium  ini  ialah
               Lembaga Muzium Negeri Perak dan Jabatan Muzium Malaysia.



               Muzium Kota Ngah Ibrahim

                                             Gambar 7: Muzium Kota Ngah Ibrahim

                                               Sumber: Jabatan Muzium Malaysia
















                       Muzium Kota Ngah Ibrahim telah dibina oleh Che Ngah Ibrahim pada tahun 1857. Kota ini asalnya

               merupakan  sebuah  pusat  pentadbiran  dan  pertahanan  Daerah  Larut,  dan  kediaman  rasmi  Che  Ngah
               Ibrahim yang merupakan pemerintah daerah Larut pada masa tersebut. Menteri Ngah Ibrahim dicatatkan
               sebagai seorang yang sangat kaya dan hasil pendapatan terbesar Menteri Ngah Ibrahim adalah melalui
               perusahaan bijih timah, ladang kopi di Asam Kumbang, Taiping dan ladang tebu di Kerian. Menteri Ngah
               Ibrahim mempunyai pasukan keselamatannya sendiri yang terdiri daripada sepoi-sepoi India dan diketuai
               oleh  kapten  T.C.S  Speedy.  Menteri  Ngah  Ibrahim  telah  melengkapkan  kawasan  kotanya  ini  dengan
               kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan masjid.

                       Kronologi perancangan dan pembangunan muzium ini adalah seperti berikut; tahun 1874, rumah
               Ngah  Ibrahim  dijadikan  sebagai  rumah  kediaman  kapten  Tristam  Charles  Sawyer  Speedy  (penolong
               residen), dalam masa yang sama ia dijadikan sebagai penjara dan mahkamah juga. Pada tahun 1913 hingga
               1922 rumah ini dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang, 1923 hingga 1942 rumah ini menjadi
               sekolah Melayu, 1942 hingga 1945 rumah ini menjadi markas pertahanan tentera Jepun, 1946 hingga 1983
               rumah ini Kembali menjadi sekolah Melayu dan Sekolah Kebangsaan Matang dan tahun 1983 hingga 1985
               rumah ini membuka beberapa lagi kelas seperti kelas tambahan Sekolah Kebangsaan Matang (darjah 5
               dan 6), kelas al-Quran dan fardhu ain (sebelah petang), kelas KEMAS dua kali seminggu dan sekali sekala


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 928 -
   936   937   938   939   940   941   942   943   944   945   946