Page 940 - Proceedings Collega2023
P. 940
Bayaran masuk bagi orang awam untuk ke Muzium Kota Kuala Kedah ini adalah percuma dan beberapa
kemudahan lain turut disediakan seperti tandas, tempat letak kenderaan, kafe, surau dan juga lawatan
berpandu.
Dari segi pengangkutan, muzium ini terletak lebih kurang 11km dari Alor Setar di mana
pengunjung boleh menaiki bas ke Kuala Kedah dari Shahab Perdana atau Pekan Rabu atau dengan menaiki
teksi dari Alor Setar atau Terminal Kuala Kedah. Bagi urusan pentadbiran, Jabatan Muzium Malaysia
merupakan pihak yang terlibat rapat dalam urusan mentadbir dan menyelenggara muzium ini. Justeru itu,
beberapa aspek strategi pelestarian fizikal dan sosial muzium juga adalah sama seperti yang dilaksanakan
pada Muzium Johor lama iaitu muzium ini melaksanakan kerja-kerja penganalisian, penyelidikan, rawatan
serta pemeliharaan koleksi muzium. Muzium ini juga menjalankan kerja-kerja pencegahan kerosakan dan
membaikpulih artifak serta pemantauan sistem kawalan suhu, kelembapan, pencahayaan dan makhluk
perosak bagi menjaga nilai bahan pameran yang berharga. Organisasi muzium ini juga menyediakan
latihan dan khidmat nasihat mengenai konservasi kepada kakitangannya dan agensi berkaitan.
Muzium Pasir Salak
Gambar 6: Muzium Pasir Salak
Sumber: Lembaga Muzium Negeri Perak
Kompleks sejarah ditubuhkan sebagai satu memorial penting sejarah terbilang Pasir Salak bagi
menghargai serta mengabadikan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang gigih mempertahankan
maruah bangsa dan negara. Kompleks ini telah dibuka oleh DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin
Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah pada 5 Julai 2004. Konsep asal penubuhan kompleks ini adalah sebagai satu bentuk
rakaman sejarah yang meperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap
sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Rentetan-rentetan persitiwa sejarah dipamerkan di dalam Teorowong Sejarah dengan
menggunakan teknik pameran diorama iaitu pameran tiga dimensi. Setiap peristiwa dan episod penting
dalam sejarah tanah air serta perkembangannya disusun dan disampaikan mengikut kronologi sejarah.
Selain itu, kompleks ini juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber rujukan mengenai
sejarah dan kebudayaan negeri Perak. Kompleks yang dibina secara berperingkat ini turut dilengkapkan
dengan pembinaan monument dan bangunan seperti Rumah Kutai I yang dibina sekitar tahun 1896,
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 927 -

