Page 934 - Proceedings Collega2023
P. 934

hijau  dengan  kehijauan  gunung-ganang  di  sekelilingnya  menjadikan  salah  satu  lagi  tarikan  kepada
               pengunjung untuk datang ke tempat ini.

                       Bagi  pemilihan  tapak  untuk  pembinaan  candi,  sudah  semestinya  beberapa  faktor  harus
               dipertimbangkan secara rasional. Oleh kerana ia dibina bertujuan sebagai sebuah kawasan perlindungan,
               persekitaran semula jadi menjadi faktor penting iaitu ianya bukan sahaja perlu sesuai dari segi teknikal
               pelaksanaan  projek  sahaja,  malah  ia  juga  penting  supaya  dapat  menghadapi  masalah  keperluan  asas
               keagamaan dan konsep metafizik. Oleh itu, candi Borobudur ini dibina di kawasan yang sangat strategik
               dari segi geografinya di Pulau Jawa. Wilayah ini dikenali sebagai Dataran Kedu dan ia juga terkenal sebagai
               Taman Jawa kerana kesuburannya yang bagus. Ia merupakan dataran yang berbentuk seakan mangkuk
               yang  dikelilingi  oleh  banjaran  gunung  pada  hampir  semua  sisinya.  Meskipun  keadaan  candi  sekarang
               adalah hasil daripada aktiviti pemulihan, namun ia masih mengekalkan lebih daripada cukup bahan asal
               apabila ditemui dalam membina pembinaan semula.



               Angkor Wat

                                                    Gambar 2: Angkor Wat

                                                Sumber:  Tourism of Cambodia














                       Angkor Wat dibina pada zaman kegemilangan Angkor dan ia mewakili puncak kegemilangan candi

               di Kemboja, sama seperti Borobudur yang mewakili sebagai puncak kegemilangan candi di Indonesia.
               Justeru itu kedua-dua candi yang dibina ini boleh dikatakan mempunyai persamaan kerana kedua-duanya
               berfungsi seagai sebuah candi utama. Menurut Rahadhian (2018), Angkor Wat ini dibina pada abad ke 12
               Masihi di mana Angkor memulakan zaman kegemilangannya dengan penawanan Angkor oleh dinasti baru
               iaitu dinasti Surya. Dengan kepimpinan Raja Suryawarman, seluruh masyarakat Angkor mengatur semua
               ciptaan mereka menjadi sesuatu yang sempurna dan harmoni. Justeru itu, tamadun Khemer dibangunkan
               sejak tiga abad lamanya dan mencapai kemuncaknya dengan pembinaan Angkor Wat.
                       Ciri model alam semesta ini turut disertakan dengan sistem saliran yang sangat rumit yang dibina
               untuk membekalkan sumber air minuman kepada penduduk tempatan serta berfungsi untuk mengairi
               kawasan  pertanian.  Sistem  saliran  yang  mengelingi  Angkor  Wat  ini  juga  merupakan  simbol  yang
               menggambarkan konsep kosmos adalah merupakan alam semesta yang sangat luas yang mencerminkan
               Gunung Mahameru, iaitu tempat para dewa Hindu bersemayam.





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 921 -
   929   930   931   932   933   934   935   936   937   938   939