Page 930 - Proceedings Collega2023
P. 930
bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia juga. Muzium sejarah merupakan muzium yang
menempatkan koleksi yang sangat beragam seperti dokumen, artifak dalam pelbagai bentuk, serta koleksi
sejarah yang terkait dengan kesejarahan tersebut. Terdapat pelbagai jenis muzium sejarah termasuklah
rumah bersejarah yang merupakan bangunan yang memiliki nilai sejarah yang tinggi, tapak bersejarah
yang menjadi muzium dan muzium ruang terbuka atau dikenali juga sebagai open air museum.
Namun begitu, berdasarkan pemerhatian awal, muzium dalam tapak bersejarah fungsinya dilihat
adalah kurang menyerlah berbanding muzium-muzium lain. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada 4
buah muzium tempatan yang terletak berhampiran dengan tapak warisan iaitu Muzium Kota Kuala Kedah,
Muzium Johor Lama, Muzium Pasir Salak dan Muzium Kota Ngah Ibrahim.
Sorotan Literatur
Artikel berkaitan dengan tajuk kajian telah dirujuk bagi mendapatkan maklumat tambahan dan
membantu dalam mendapatkan data kajian.
Aspek muzium
Intan (2018), mendefinisikan muzium sebagai sebuah institusi kekal yang ditubuhkan untuk
kepentingan sosial dan institusi ini tidak mencari keuntungan melalui perkhidmatannya kepada
masyarakat dan terbuka kepada masyarakat umum, yang memperoleh, mengawet, melakukan
penyelidikan, berkomunikasi dan menganjurkan pameran. Pengkaji memfokuskan kajian beliau pada
faktor-faktor kedatangan pengunjung ke muzium sahaja. Kajian beliau mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi kedatangan pengunjung ke muzium Sabah menjelaskan bahawa keinginan untuk
mendapatkan pengetahuan intelektual merupakan faktor utama pengunjung ke muzium.
Fungsi muzium dalam memelihara dan menjadikan khazanah negara mudah dicapai dan diakses
menjadi suatu yang runcing. Kaedah yang paling efektif dalam usaha pemeliharaan khazanah ini adalah
dengan menyimpannya dalam stor atau kawasan yang iklimnya terkawal dan membenarkan sedikit atau
tidak akses kepadanya (Laura et al, 2014). Hal ini kerana jumlah akses kepada bahan dalam kebanyakan
kes akan membawa kepada kemerosotan kualiti. Sektor permuziuman memperoleh manfaat daripada
sektor warisan di mana pekerja muzium seharusnya memahami isu-isu perniagaan dan pembangunan
ekonomi. Muzium dilihat sebagai institusi yang tidak mengaut keuntungan namun koleksi di dalam
muzium mempunyai nilai yang sangat tinggi.
Muzium juga berperanan dalam membenarkan orang ramai meneroka koleksi untuk dijadikan
sebagai inspirasi, pembelajaran dan juga keseronokan. Muzium merupakan institusi yang mengumpul,
melindungi dan membuat artifak dan spesimen yang boleh diakses, di mana ia menjadikan sebagai sebuah
amanah untuk masyarakat. Fungsi muzium kini telah menjurus kepada dua aspek pembahagian utama
iaitu di antara muzium tradisional yang berfungsi dan berperanan terhadap tujuan asal mengapa sesebuah
muzium diwujudkan, manakala kontemporari muzium yang dalam era moden (sekarang) di mana peranan
dan fungsi muzium telah mengalami perubahan mengikut perubahan semasa (Amirul Hafiz, 2017).
Menurut Paiman Keromo (2005), fungsi sesebuah institusi muzium kebelakangan ini kian berubah
menjadi tumpuan pengunjung iaitu bukan sahaja menjadi sebuah institusi penjaga kebudayaan, semula
jadi dan saintifik semata-mata. Penekanan baru yakni di antara muzium dan pelawat merupakan satu
hubungan interaksi. Perubahan fungsi muzium telah memberi kesan kepada sesebuah pengurusan
muzium yang merupakan tonggak utama dalam institusi muzium tersebut. Hal ini melalui pengiktirafan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 917 -

