Page 928 - Proceedings Collega2023
P. 928
SINERGI SEJARAH, BUDAYA DAN ELEMEN PERSEKITARAN
SEBAGAI STRATEGI UTAMA DALAM MEMPERKASA PERANAN
MUZIUM
(THE SYNERGY OF HISTORY, CULTURE AND ENVIRONMENTAL
ELEMENTS AS THE MAIN STRATEGY IN EMPOWERING THE
ROLE OF THE MUSEUM)
1
Amirah Athirah YAACOB
2
Nor Zalina HARUN
Haza Hanurhaza MD JANI 3
1,2 Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Selangor, Malaysia
3 Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, IIUM, Selangor Malaysia
1 P119283@siswa.ukm.edu.my
2 nzalina@ukm.edu.my
3 hanurhaza@iium.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dimulakan dengan satu hipotesis yang menegaskan bahawa cabaran mengekalkan
kelestarian dan fungsi muzium tempatan dapat diatasi dengan memperkasakan kualiti persekitaran
muzium. Kajian lepas mendapati bahawa banyak kajian mengenai kelestarian muzium telah dijalankan
namun, kajian tersebut adalah lebih berfokus kepada pengurusan dan pemasaran. Manakala, kajian
mengenai bagaimana muzium yang berada dalam tapak warisan berjaya diperkasakan masih kurang
ditelusuri dan minimal. Justeru, sebagai langkah awal kajian terhadap 4 buah muzium tempatan yang
terletak dalam tapak warisan telah dijalankan bagi mengenalpasti sama ada pelaksanaannya selari dengan
strategi muzium yang telah berjaya dilestarikan iaitu Borobudur dan Angkor Wat. Bagi mencapai matlamat
kajian ini, dua objektif utama dibangunkan iaitu; i) mengenalpasti bagaimana muzium yang berada dalam
tapak warisan diperkasakan dari sudut penelitian terhadap kajian penataan ruang serta kemudahan yang
menyokong peranan muzium tersebut, dan ii) mengkaji isu dan halangan yang dihadapi oleh 4 buah
muzium tempatan yang berada dalam tapak warisan. Melalui kaedah analisa dokumen dan artikel terkait
pembangunan dan kelestarian muzium di Borobudur dan Angkor Wat, kajian ini mengenalpasti 3 strategi
utama berpotensi diaplikasikan bagi 4 buah muzium tempatan yang dianalisa. Hasil kajian menunjukkan 3
strategi utama tersebut adalah berkait rapat dengan kemudahan infrastruktur lengkap, pemuliharaan
karakter lanskap fizikal asli dan penglibatan komuniti setempat. Kajian ini menyimpulkan bahawa sinergi
merangkumi aspek sejarah, monumen atau struktur warisan dan persekitaran semula jadi mempunyai
kesan terhadap minat pengunjung dan sosio budaya masyarakat setempat. Akhir sekali, hasil kajian ini
diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan dalam berhadapan dengan isu mengekalkan kelestarian
muzium dari sudut fizikal, selari dengan teras ketiga yang disenaraikan oleh Dasar Kebudayaan Negara
(DAKEN), warisan budaya perlu dilestarikan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin
ketinggian nilai estetika khazanah negara.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 915 -

