Page 874 - Proceedings Collega2023
P. 874

dan khalayak khusus seperti waris para pelajar. Apa-apa jua isu atau masalah yang timbul ia dapat
               di atasi dengan baik dengan menggunakan dua platform ini tadi.

               Kesimpulan

                       Sebagai rumusan akhir, dapatlah dikatakan bahawa sistem pembelajaran pondok masih
               mendapat tempat di hati masyarakat Melayu Islam walaupun terpaksa bersaing dengan sistem
               pendikan sekular atau moden. Tidak sedikit ibu bapa mahu anak anak mereka belajar di sekolah
               pondok  kerana  mereka  merasakan  pembelajaran  agama  secara  mendalam  dan  lebih  terperinci
               sangat di perlukan bagi kelangsungan hidup di zaman yang serba mencabar. Pembentukan sahsiah
               dan  jati  diri  yang  betul  betul  mengikut  acuan  Rasulullah  saw  amatlah  penting  dalam
               memperkasakan  kekuatan  dalaman  agar  tidak  mudah  tergoda  dengan  pelbagai  godaan  yang
               menyelewengkan akidah.
                       Rasulullah saw merupakan contoh suri tauladan yang sempurna dalam hubungan sesama
               manusia. Akhlak Baginda saw yg sangat terpuji harus di ikuti oleh semua umat islam di dunia ini.
               Justeru hal ini perlu di terapkan sejak kanak kanak itu kecil sehinggalah dia bersekolah. Hasil dari
               penelitian penulis mengunjungi sekolah sekolah pondok di semenanjung Malaysia amnya dan di
               Ma’ahad Noer Janda Baik khasnya, akhlak dan adab para pelajar sekolah pondok sangat terpuji.
               Cara mereka berkomunikasi sesama sendiri dan dengan orang yang lebih tua begitu sopan dengan
               menggunakan bahasa yang sopan dan enak di dengar.

                       Dalam  hal  ini  jelas  menunjukkan  bahawa  strategi  komunikasi  yang  digunakan  oleh
               Ma’ahad An’Noer sangat berkesan dengan hanya menggunakan dua platform iaitu media sosial
               dan bersemuka. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima baik oleh khalayak umum
               dan khalayak khusus seperti waris para pelajar. Apa-apa jua isu atau masalah yang timbul ia dapat
               di atasi dengan baik dengan menggunakan dua platform ini tadi.

                       Justeru dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan pondok berjaya berjaya memainkan
               peranan  dalam  membina  sistem  komunikasi  yang  baik  antara  pihak  pondok  dan  masyarakat
               setempat khususnya dan masyarakat umum amnya.

               RUJUKAN
               Abdul Hafiz Abdullah. (2001). Pengajian Tafsir di Pondok-pondok negeri Kelantan: Kajian
               Khusus Tiga Buah Pondok. Bangi: UKM.
               Abdullah Muhammad Zin, Zulkiplie Abd. Ghani & Abdul Ghafar Don. (2005). Pendidikan Islam di
                     Malaysia: Dari Pondok Ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
               Adibah Sulaiman@ Mohamad & Ezad Azraai Jamsari. (2011). Tradisi Keintelektualan Melayu dan
                     Transformasi Pendidikan Agama Awal Abad ke-20. Prosiding Nadwah UlamaNusantara (Nun) IV.
                     25-26 November 2011.
               Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah Dan Kaedah Pengajaran Dan
                     Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.
               Arba’iyah Mohd Noor. (2008). Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan, Malaysia dalam Sejarah
                     (Malaysia in History).
               Baharom Mohamad, Ali Suradin & Zaa’ba Helmmi Khamisan. (2008). Peranan Pendidikan
               Islam Dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 861 -
   869   870   871   872   873   874   875   876   877   878   879